Jumlah kemalangan maut di jalan raya, nahas libatkan pemandu mabuk meningkat pada separuh pertama 2023
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah kemalangan maut di jalan raya Singapura meningkat, menurut data daripada pihak polis yang membandingkan separuh pertama 2023 dengan tempoh yang sama tahun lalu.
Pasukan Polis Singapura (SPF) menyatakan pada Isnin (18 Sep) bahawa kemalangan maut di jalan raya naik 61.4 peratus dari 44 kepada 77 kes. Jumlah kematian turut naik sebanyak 57.8 peratus dari 45 kepada 71 kes.
SPF juga menyatakan bahawa terdapat kenaikan 11.8 peratus dalam kemalangan trafik yang menyebabkan kecederaan atau kematian, dari 3,169 kes pada separuh pertama 2022 kepada 3,542 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.
Jumlah mangsa yang cedera dan kematian juga naik sebanyak sebanyak 17.1 peratus, dari 3,886 kepada 4,550.
Kemalangan yang melibatkan pemandu mabuk meningkat 21.4 peratus dari 70 kes pada separuh pertama 2022 kepada 85 bagi tempoh yang sama tahun ini.
Enam bulan pertama 2023 juga menyaksikan enam kemalangan maut yang melibatkan pemandu mabuk, naik dari tiga pada tahun lalu.
"Jumlah pemandu yang ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk kekal sama, dengan seramai 785 pemandu diberkas pada separuh pertama 2023, berbanding 790 pemandu dalam separuh pertama 2022," menurut SPF.
Pihak SPF juga menarik perhatian mengenai peningkatan dalam jumlah kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dan pejalan kaki warga emas sebagai "satu kebimbangan yang berterusan".
"Kemalangan melibatkan kumpulan pengguna jalan raya yang mudah terdedah, seperti pejalan kaki warga emas dan penunggang motosikal, terus menjadi kebimbangan utama kerana mereka terus membentuk jumlah besar nahas jalan raya yang menyebabkan kecederaan atau kematian."
Jumlah kemalangan melibatkan pejalan kaki warga emas naik dari 120 pada separuh pertama tahun lalu kepada 145 kes bagi tempoh yang sama tahun ini.
Jumlah kematian melibatkan pejalan kaki warga emas juga naik dari sembilan kepada 17 kes. Sementara itu, bilangan pejalan kaki warga emas yang cedera juga meningkat dari 112 kepada 128.
"Kemalangan melibatkan warga tua menyumbang kepada 30.7 peratus daripada keseluruhan kemalangan pejalan kaki, dan 68 peratus daripada kematian pejalan kaki dalam separuh pertama 2023," dedah polis.
Pada enam bulan pertama tahun ini, 37.2 peratus kemalangan pejalan kaki melibatkan warga emas yang melintasi jalan raya sebarangan atau 'jaywalking', tambah SPF.
Sementara itu, jumlah nahas melibatkan penunggang motosikal pula naik kepada 1,834 kes pada separuh pertama 2023 berbanding 1,751 kes bagi tempoh sama tahun lalu.
Seramai 2,035 penunggang dan pembonceng motosikal yang cedera pada separuh pertama tahun ini, naik dari 1,877 manakala jumlah kematian dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal meningkat dari 25 kepada 32.
"Penunggang dan pembonceng motosikal menyumbang kepada 51.8 peratus daripada keseluruhan kemalangan, pada separuh pertama 2023. Punca utama adalah gagal memastikan pemantauan yang betul, gagal mengawal motosikal dengan betul dan menukar lorong tanpa pengawasan yang sewajarnya," menurut polis.
Jumlah kes pemandu yang melanggar lampu merah atau kemalangan yang melibatkan pemandu melanggar had kelajuan bagi separuh pertama 2023 merosot berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Namun, jumlah kemalangan maut yang berpunca daripada kedua-dua faktor tersebut meningkat, menurut polis.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.