Jumlah kemalangan maut di jalan raya meningkat sekitar 12% sejak 2019
Jumlah nahas jalan raya yang mengakibatkan kecederaan atau kematian merosot sekitar 10 peratus sepanjang lima tahun lalu.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Jumlah nahas jalan raya yang mengakibatkan kecederaan atau kematian merosot sekitar 10 peratus sepanjang lima tahun lalu.
Ia merosot dari 7,822 pada 2019 kepada 7,075 pada 2023.
Perangkaan itu didedahkan oleh Menteri Negara Ehwal Dalam Negeri Dr Faishal Ibrahim di Parlimen hari ini (7 Mei) semasa menjawab pertanyaan yang diajukan oleh beberapa Anggota Parlimen (AP).
“Dengan langkah ini, jalan raya kita menjadi lebih selamat,” kata Dr Faishal.
Menurut Dr Faishal, sebanyak 71 kemalangan jalan raya dilaporkan pada separuh pertama 2023 dan 60 pada separuh kedua tahun lalu.
Sungguhpun demikian, jumlah kemalangan di jalan raya yang mengakibatkan kematian meningkat sekitar 12 peratus sepanjang lima tahun lalu.
Ia meningkat dari 117 pada 2019 kepada 131 pada 2023.
Beliau turut menggariskan antara punca utama berlaku kemalangan maut antara 2019 dengan 2023.
Antaranya ialah kegagalan untuk memeriksa keadaan lalu lintas dan gagal mengawal kenderaan dengan betul.
Dr Faishal berkata secara purata tiga kemalangan maut berlaku setiap tahun atau sekitar 2.4 peratus kemalangan maut setiap tahun disiasat di bawah kesalahan memandu dengan cuai atau secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
Sementara itu, purata 29 nahas jalan raya setiap tahun atau 27 peratus daripada kemalangan maut setiap tahun adalah berkaitan dengan tindakan memandu dengan laju.
HUKUMAN MEMANDU LAJU 'MENCUKUPI', TIDAK AKAN DIPINDA BUAT MASA INI
Sementara itu, beberapa AP turut bertanya sama ada hukuman bagi kesalahan memandu laju akan dinaikkan.
Dalam jawapannya, Dr Faishal menekankan bahawa hukuman di bawah Akta Lalu Lintas Jalan Raya (RTA) buat masa ini memadai dan tidak perlu dipinda.

LAPORAN BERKAITAN:
"Apa yang digariskan undang-undang hari ini sudah agak tegas. Kami ada semak semula dari semasa ke semasa pelbagai aspek rangka kerja ini.
"Dalam konteks ini, kami sudah mengkaji keberkesanan jumlah denda dan rangka kerja mata demerit," kata Dr Faishal.
Dr Faishal menambah, kali terakhir Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) meminda hukuman tersebut dengan sangat ketara adalah pada tahun 2019.
Sungguhpun demikian, lebih banyak lagi boleh dilakukan bagi meningkatkan tahap kesedaran awam mengenai betapa pentingnya memandu dengan selamat.
"Kita perlu membangunkan secara menyeluruh sebagai sebuah masyarakat. Lantaran itu, kami bekerjasama dengan Gerakan Baik Budi Singapura, Majlis Keselamatan Jalan Raya Singapura dan badan-badan lain.
"Hakikatnya, kita perlu memupuk pemahaman dalam diri masing-masing bahawa terdapat orang lain di sekitar kita yang turut menggunakan jalan raya," katanya lanjut.
LANGKAH PENGUATKUASAAN JALAN RAYA DIPERTINGKATKAN
Sementara itu, para AP juga bertanya tentang langkah penguatkuasaan di jalan raya.
Menurut Dr Faishal, sepanjang enam minggu lalu Polis Trafik (TP) telah mempertingkatkan langkah-langkah penguatkuasaan secara ad-hoc di mana hampir 1,400 kes melanggar peraturan dikesan dan 29 pemandu diberkas atas kesalahan berkaitan lalu lintas dan kesalahan lain.
Selain itu sejak bulan lalu, Polis Trafik telah menghidupkan sistem perangkap had laju pada kamera lampu merah secara berperingkat.

Walaupun kamera penguatkuasaan itu berguna sebagai langkah pencegahan, ia tidak boleh dipasang di semua simpang trafik dan lintasan zebra disebabkan oleh had pada permukaan dan kekangan lain, dedah Dr Faishal.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.