Jumlah keluarga titipan meningkat lebih seganda sejak 2014, namun kesedaran masyarakat masih perlu dipertingkat
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Bagi kebanyakan pasangan suami isteri, dikurniakan zuriat adalah satu anugerah yang amat dinanti-nantikan.
Namun, setelah hampir 30 tahun mendirikan rumah tangga, Encik Muhammad Faris dan Cik Siti Raziah Raffee masih belum dikurniakan cahaya mata.
Pasangan itu tidak sekadar pasrah pada ketentuan Ilahi.
Pada 2013, mereka mengambil keputusan untuk menjadi ibu bapa titipan sebagai ikhtiar untuk merasai pengalaman membesarkan anak.
Kini, mereka sedang membesarkan dua anak titipan lelaki yang masing-masing berusia 6 dan 13 tahun.

Sejak menyertai Skim Anak Titipan di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), pasangan itu telah menjaga lima orang anak titipan.
Malah, salah seorang daripada mereka telah pun diambil sebagai anak angkat.
Encik Faris berkata: "Memandangkan kami tidak ada anak kandung, jadi ini adalah satu keputusan bersama di mana kami ingin mengambil anak titipan. Apa yang membuat kami teruskan perjalanan ini adalah melihat bagaimana anak pertama itu membesar dan menjadi bahagia, positif, dan pelajari dan membesar dengan baik. Ia memberi kami tenaga dan keinginan untuk teruskan perjalanan ini."
Lebih sedekad bergelar ibu bapa titipan tentunya membawa pelbagai pengalaman dan cabaran buat pasangan berusia 53 tahun itu.
Cik Raziah berkata: "Selama perjalanan lebih 10 tahun, kami mempelajari banyak menjadi ibu bapa yang harus ada pada diri kami, bagaimana kami mengurus anak-anak titipan, berikan kasih sayang, berikan tempat selamat untuk mereka. Apabila mereka membesar, kami mula mengenali lebih tentang mereka. Menjadi ibu bapa titipan banyak membentuk kami menjadi ibu bapa yang sensitif. Kami perlu tahu bagaimana untuk berbual dengan mereka. Ia membantu kita berkomunikasi dengan mereka dengan cara baik, ada perkataan yang boleh dan tidak boleh kita gunakan."

Mengurus anak-anak titipan yang mempunyai latar belakang dan pengalaman hidup berbeza juga menuntut kesabaran dan kefahaman yang mendalam.
"Ada juga cabaran di mana kami mengenali masa lalu atau trauma lalu di mana kami mungkin tidak faham. Jadi kami perlu masa untuk memahaminya. Kami perlu menerima hakikat dan tidak boleh menjangkakan perjalanan itu akan menjadi mudah. Akan ada masa di mana kami menghadapi cabaran di mana kami tidak memahami tetapi perlu kami mencari bantuan. Apabila mereka membesar, mereka juga akan pelajari cara untuk menangani masalah sedemikian," tambah Encik Faris.
Namun, segala cabaran itu juga membuka ruang untuk membina hubungan yang erat antara mereka dan anak-anak titipan mereka.
Tetapi sebagai ibu bapa titipan, mereka akur dengan hakikat bahawa anak-anak itu akan kembali ke pangkuan keluarga kandung mereka.
Lantaran itu, Cik Raziah sentiasa memastikan masa yang diluangkan bersama anak-anak titipan itu diisi dengan bimbingan dan kasih sayang sepenuhnya.
Cik Raziah berkata: "Kami juga banyak membincang bagaimana untuk mencorak laluan anak-anak ini untuk membantu mereka dalam kehidupan seharian, kami membantu mereka dengan kemahiran mereka. Jika mereka kembali kepada ibu bapa kandung mereka, sekurang-kurangnya mereka ada pengalaman untuk layari kehidupan."
PERLU TINGKATKAN KESEDARAN MASYARAKAT TENTANG SKIM TITIPAN
Semakin ramai pasangan seperti Encik Faris dan Cik Raziah menyertai Skim Anak Titipan di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), dengan jumlah penyertaan yang terus meningkat saban tahun.
Dalam tempoh sedekad, bilangan ibu bapa titipan telah meningkat lebih seganda, daripada sekitar 282 pada tahun 2014 kepada lebih 630 pada masa ini.

Setakat Disember 2024, seramai 530 kanak-kanak telah dititipkan menerusi lima agensi titipan nasional, termasuk Persatuan Muhammadiyah (di bawah Projek Sinar Ihsan) dan PPIS Oasis.
Namun begitu, meskipun penyertaan semakin meningkat, pihak agensi titipan mengakui kesedaran masyarakat terhadap skim ini masih rendah.
Satu kajian oleh Universiti Nasional Singapura (NUS) mendedahkan bahawa hanya 51 peratus kanak-kanak yang perlu dijaga di luar rumah diambil oleh keluarga titipan.
Statistik itu mengemukakan keperluan mendesak untuk memahami faktor-faktor yang menghalang para pasangan daripada mengambil anak titipan.
Sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan menarik minat lebih ramai pasangan, beberapa agensi telah menganjurkan rumah terbuka bertajuk Jom! Pesta Titipan.
Acara tersebut, yang diadakan pada Sabtu (17 Mei), menarik kehadiran lebih 100 pasangan suami isteri serta ibu bapa titipan.

Mereka berpeluang mendengar perkongsian pengalaman daripada ibu bapa titipan dan anak-anak titipan sendiri.
Para hadirin juga diberi pendedahan kepada pelbagai bentuk sokongan yang ditawarkan kepada ibu bapa titipan, termasuk elaun penjagaan, kursus latihan serta sokongan daripada rangkaian relawan.
Selain itu, Presiden Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (PERGAS), Ustaz Tarmizi Abdul Wahid juga berkongsi pandangan beliau mengenai usaha mengambil anak-anak titipan.
Beliau yang lebih dikenali sebagai Ustaz Mizi berkata: "Kepentingan untuk kita mengambil berat isu anak titipan ini kerana ada keperluan mendesak di dalam masyarakat di mana ramai anak-anak kecil ini memerlukan rumah selamat untuk mereka diami, rasakan kasih sayang daripada orang yang inginkan keselamatan dan kebaikan mereka."
"Dari kaca mata jangka masa panjang, bagaimana masa depan mereka kalau mereka tidak ada tempat berteduh. Jadi kita memahami mereka datang dari keluarga yang ada kesulitan, ada masalah, ini tidak dapat kita elakkan. Apa yang kita boleh lakukan sekarang ada apakah jalan penyelesaian dan bantuan yang boleh kita hulurkan," tambah beliau lagi.
Di samping itu, para hadirin turut berpeluang untuk mengenali skim titipan dengan lebih mendalam melalui sesi interaktif bersama kakitangan agensi-agensi yang terlibat.

Sumber : BERITA Mediacorp/hk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.