Jumlah keluarga terima bantuan kewangan pemerintah susut sedang ekonomi pulih
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Lim Li Ting/TODAY)
SINGAPURA: Jumlah keluarga yang mendapat bantuan kewangan dari Pemerintah berkurangan tahun ini.
Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) menyatakan ia terutamanya disebabkan kurangnya isi rumah yang mendapat Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana, sedang ekonomi mula pulih berikutan pandemik.
Meskipun demikian, jumlah wang yang diberikan kepada setiap penerima melalui skim ComCare adalah lebih banyak.
MSF menyatakan ia akan terus meningkatkan akses dan pemberian ComCare.
Menurut MSF, kira-kira 36,400 isi rumah menerima bantuan ComCare pada Tahun Kewangan 2022, yang berakhir pada Mac tahun ini.
Ia adalah 18 peratus lebih rendah daripada 2021, dan merosot 21 peratus berbanding Tahun Kewangan 2020.
Pasaran buruh yang lebih kukuh bermakna lebih sedikit keluarga bergantung kepada Skim Bantuan Jangka Pendek hingga Sederhana.
Skim tersebut yang menawarkan bantuan kewangan sementara bagi mereka yang mencari pekerjaan atau sakit, selain sebab-sebab lain.
Peratusan isi rumah yang berada dalam skim itu, terutama sekali pemohon yang mencari pekerjaan, berkurangan.
Sepanjang satu tahun lalu, kira-kira S$170 juta dalam bentuk bantuan kewangan ComCare diagihkan.
Ia adalah empat peratus lebih rendah daripada S$177 juta yang diagihkan pada Tahun Kewangan 2021.
Walau bagaimanapun, isi rumah dalam skim ComCare secara purata menerima lebih banyak bantuan dalam bentuk wang pada Tahun Kewangan 2022 berbanding beberapa tahun kebelakangan ini.
Ia disebabkan langkah-langkah tambahan yang dilaksanakan oleh MSF untuk membantu mereka.
Isi rumah seorang yang menerima Bantuan Jangka Panjang ComCare kini menerima S$640 setiap bulan, naik daripada S$600.
Berikutan satu semakan, MSF juga menaikkan tanda aras kelayakan pendapatan isi rumah bagi bantuan ComCare pada Julai dari S$650 setiap bulan kepada S$800.
MSF menyatakan ia akan terus memastikan bantuan sosial kekal relevan dan mencukupi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.