Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah kelompok kes HFMD di prasekolah SG meningkat pada 2022

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah kelompok kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di pusat-pusat prasekolah di Singapura telah meningkat pada tahun lalu.

Ini berbanding penurunan pada jumlah kes yang dicatatkan dua tahun lalu.

Sungguhpun demikian, Kementerian Kesihatan (MOH) menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kenaikan itu menandakan satu trend yang meningkat berbanding jumlah kes sebelum pandemik.

Antara 2018 hingga 2022, jumlah kes penyakit HFMD di pusat-pusat jagaan kanak-kanak adalah antara 350 sehingga lebih 1,000 kes setiap tahun.

Sementara itu, antara 34 hingga 152 kes dilaporkan di tadika-tadika dalam setahun.

Namun, MOH menyatakan penyakit itu biasanya berlaku semasa zaman kanak-kanak dan ia bukan sesuatu yang luar biasa untuk pusat-pusat prasekolah mempunyai kelompok jangkitan.

Menurut MOH, kunci untuk mengawal penularannya adalah menerusi langkah-langkah seperti pengesanan awal, mencuci tangan dan mengelakkan daripada berkongsi makanan dan minuman atau barangan peribadi.
Sumber : CNA/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan