Jumlah kedai F&B meningkat 42% dalam sedekad: MTI
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah kedai makanan dan minuman (F&B) di Singapura meningkat sebanyak 42 peratus sepanjang sedekad lalu.
Malah jumlah kedai baharu dibuka juga melebihi jumlah kedai yang ditutup bagi kebanyakan tahun.
Menjawab persoalan yang dikemukakan di Parlimen hari ini, Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) bagaimanapun memberitahu parlimen, ia tiada pecahan bagi penutupan antara kedai kendiri, rangkaian kedai tempatan mahupun luar negara.
Namun pemerintah menegaskan ia menghargai warisan tempatan dan mengambil langkah agar dapat memelihara dan mengekalkannya dalam landskap sektor F&B.
Anggota Parlimen, GRC Bishan-Toa Payoh Saktiandi Supaat berkata: "Apakah ada kemungkinan pada masa akan datang, untuk mengumpulkan butiran data, khususnya di estet-estet kejiranan yang matang, agar kita dapat merasakan peralihan itu?"
"Kami tidak menjejak data-data itu, jadi kami akan menimbangkan saranan itu. Berhubung sokongan bagi mana-mana pengendali bebas atau SME mahupun kedai-kedai kejiranan, saya juga ingin meyakinkan Anggota Parlimen bahawa sebenarnya, di samping Pusat SME, Enterprise Singapore bekerja sangat rapat dengan kedai-kedai kejiranan serta SME dalam pelbagai program," kata Menteri Negara Perdagangan dan Perusahaan Alvin Tan.

Sumber : CNA/QA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.