Jumlah isi rumah dengan penghuni tunggal meningkat kepada 15.6% pada 2023/2024: Tinjauan HDB
Isi rumah di Singapura masih kebanyakannya terdiri daripada keluarga tetapi bilangan isi rumah tunggal semakin meningkat, lebih dua kali ganda sejak dua dekad yang lalu.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Isi rumah di Singapura masih kebanyakannya terdiri daripada keluarga tetapi bilangan isi rumah tunggal semakin meningkat, lebih dua kali ganda sejak dua dekad yang lalu.
Jumlah flat dengan seorang penghuni meningkat kepada 15.6 peratus pada 2023/2024, naik daripada 12.6 peratus pada 2018 dan 7.1 peratus pada 2003, menurut tinjauan sampel isi rumah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang dikeluarkan pada Khamis (27 Nov).
Sementara itu, isi rumah berasaskan keluarga merosot kepada 83 peratus, daripada 86.6 peratus pada 2018 dan 91.3 peratus pada 2003.
Secara keseluruhannya, saiz isi rumah di Singapura terus mengecil, dengan purata 3 penghuni bagi setiap isi rumah, menurun daripada 3.1 pada 2018 dan 3.4 pada 2013 dan 2008.
Dapatan ini mencerminkan perubahan masyarakat seperti penduduk yang semakin menua dan perubahan pilihan perumahan, menurut HDB dalam edisi ke-12 tinjauannya sejak ia dilancarkan pada 1968.
Tinjauan ini dijalankan setiap lima tahun untuk mengumpulkan maklum balas penduduk dan mengenal pasti keperluan yang berubah-ubah.
Kali ini, kira-kira 7,000 isi rumah dan lebih daripada 1,600 penghuni bujang di semua bandar dan estet HDB telah ditemu bual antara Oktober 2023 dan April 2024.
Ini merupakan kali pertama penghuni tunggal – yang ditakrifkan sebagai golongan bujang berumur antara 21 dengan 54 tahun yang disenaraikan sebagai penghuni dalam flat HDB dan tidak memiliki flat HDB sendiri – telah dimasukkan dalam tinjauan ini.
Dalam kalangan kumpulan ini, majoriti berumur bawah 35 tahun dan tinggal di flat empat bilik atau lebih besar yang bukan untuk disewa, hanya dengan ibu bapa atau ahli keluarga terdekat mereka.
Untuk lebih memahami pilihan perumahan yang untuk golongan bujang, HDB menumpukan perhatian kepada mereka yang “tiada niat atau rancangan yang jelas untuk berkahwin”. Kumpulan ini membentuk kira-kira 80.3 peratus daripada penghuni tunggal yang ditinjau; antara mereka, 66.2 peratus berhasrat untuk berpindah keluar.
Daripada mereka yang merancang untuk berpindah, 72.3 peratus berhasrat untuk membeli rumah mereka sendiri, dengan peratusan yang lebih tinggi lebih suka unit baharu daripada rumah jualan semula, dengan alasan seperti kemampuan dan persekitaran hidup yang lebih baharu.
Pemerintah sejak setahun lalu telah membuat perubahan pada dasar perumahannya untuk golongan bujang, seperti memperluaskan akses kepada Flat Fleksi 2 Bilik Bina Ikut Tempahan (BTO) di serata negara dan memberi keutamaan kepada golongan bujang apabila mereka memohon untuk tinggal bersama atau berhampiran ibu bapa mereka.
Baru-baru ini, Menteri Pembangunan Negara Chee Hong Tat berkata bahawa usia kelayakan untuk golongan bujang membeli flat BTO – yang ditetapkan pada 35 tahun buat masa ini – sedang dikaji semula.
PENGHUNI FLAT HDB YANG SEMAKIN MENUA
Tinjauan terbaharu menunjukkan bahawa sejumlah 3.18 juta rakyat dan Penduduk Tetap (PR) Singapura menetap di flat HDB, meningkat daripada 3.15 juta pada 2018.
Mereka membentuk kira-kira 1.1 juta isi rumah,dedah HDB, sambil menambah bahawa pemilikan rumah kekal tinggi iaitu lebih 9 daripada 10.
Tinjauan itu juga mendapati bahawa jumlah penghuni flat HDB semakin menua, dengan 18.2 peratus adalah warga emas berumur 65 tahun ke atas. Ini meningkat daripada 14 peratus pada 2018 dan hampir dua kali ganda daripada 10.4 peratus pada 2013.
Ini menjadikan umur median penduduk HDB meningkat kepada sekitar 43 tahun.
Jumlah isi rumah warga emas juga meningkat kepada 31 peratus daripada 25.6 peratus pada 2018.
Secara keseluruhannya, warga emas lebih suka menua di rumah mereka, dedah HDB. Kira-kira 86 peratus berkata mereka mahu terus tinggal di flat sedia ada mereka, dengan alasan seperti keselesaan dan hubungan emosi.
Sekalipun mereka memerlukan bantuan untuk kehidupan seharian, kebanyakan warga emas masih lebih suka tinggal di rumah mereka sendiri, dengan ahli keluarga, pembantu rumah atau glongan profesional yang menyokong keperluan penjagaan mereka.
Sebahagian kecil (14.1 peratus) sanggup berpindah, terutamanya ke flat yang saiznya sesuai dengan keperluan mereka atau ke flat yang lebih kecil untuk memudahkan kerja penyelenggaraan atau untuk menambah nilai flat mereka bagi meraih pendapatan tambahan, kata HDB.
Flat tiga bilik (28.8 peratus) kekal sebagai kekal sebagai jenis flat paling popular dalam kalangan warga emas. Sekitar 21.5 peratus isi rumah warga emas memilih flat dua bilik, meningkat daripada 11.8 peratus pada 2018, manakala mereka yang memilih jenis flat empat bilik dan lebih besar merosot daripada 45.4 peratus kepada 36.9 peratus sepanjang tempoh yang sama.
HDB menyatakan bahawa ia akan terus menyediakan pelbagai pilihan perumahan untuk warga emas, seperti Apartmen Jagaan Masyarakat yang mengintegrasikan perumahan mesra warga emas dengan keperluan penjagaan. Projek keenam seumpamanya akan dilancarkan di Toa Payoh pada tahun depan.
Pemerintah juga telah melancarkan Kejiranan Sihat Menua, bermula dengan Toa Payoh, untuk membolehkan warga emas menua dengan selesa dalam persekitaran hidup yang sesuai dengan penjagaan dan sokongan sosial.
Antara dapatan lain, lebih banyak keluarga telah memilih untuk tinggal berdekatan antara satu sama lain.
Sekitar 64.5 peratus penduduk yang berkahwin lebih muda tinggal bersama atau berdekatan ibu bapa mereka, meningkat daripada 57.4 peratus pada 2018.
Dalam kenyataan medianya, HDB menyatakan bahawa tinggal berdekatan memudahkan interaksi dan sokongan keluarga yang lebih kerap, sambil menukil bagaimana sekitar tiga daripada empat penduduk yang berkahwin lebih muda yang tinggal berdekatan melawat ibu bapa mereka sekurang-kurangnya sekali seminggu. Sebagai perbandingan, kurang separuh dalam kumpulan sama yang tinggal di tempat lain di Singapura berbuat demikian.
“Tinggal berdekatan juga membolehkan mereka lebih bergantung kepada ibu bapa mereka untuk sokongan fizikal dan emosi,” menurut HDB.
Secara keseluruhannya, jumlah penduduk yang lebih tinggi berpuas hati dengan jarak rumah mereka dengan ahli keluarga - menurut kira-kira 86.1 peratus penduduk yang berkahwin lebih muda dan 88 peratus penduduk yang lebih tua.
“Dapatan ini mengesahkan dasar HDB dalam menyokong keluarga besar untuk tinggal bersama atau berdekatan antara satu sama lain,” kata agensi itu.
Tinjauan HDB juga menunjukkan tahap kepuasan yang tinggi terhadap kemudahan kejiranan dan estet, dengan kemudahan komersial termasuk pasar raya, kedai kopi dan kedai HDB atau pusat kejiranan digunakan dengan baik.
Sementara itu, lebih 9 daripada 10 penduduk HDB berpuas hati dengan hubungan sesama jiran mereka.
Menurut HDB, dapatan tinjauan ini telah memberikannya pemahaman yang lebih mendalam tentang aturan kehidupan penduduk dan keperluan perumahan keluarga, warga emas dan golongan bujang yang kian berubah-ubah.
“Melangkah ke hadapan, kami akan terus menyediakan rumah yang dimampui, mudah diakses dan inklusif untuk rakyat Singapura,” kata HDB. “Kami juga akan terus berusaha untuk meremajakan bandar dan flat kami melalui program seperti Program Peningkatan Rumah untuk menyediakan persekitaran hidup yang berkualiti untuk penduduk semua peringkat umur.”

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.