Jumlah isi rumah bergaji rendah terima bantuan ComCare semakin merosot sejak beberapa tahun lalu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah isi rumah yang menerima bantuan kewangan ComCare daripada pemerintah semakin berkurangan pada 2023 berbanding tahun sebelumnya, meneruskan trend menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menurut Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam laporan yang dikeluarkan pada Selasa (19 Nov).
ComCare menyokong isi rumah berpendapatan rendah dengan perbelanjaan sara hidup asas untuk membantu menstabilkan kedudukan kewangan mereka.
Terdapat tiga jenis bantuan utama ComCare:
- Bantuan jangka pendek hingga sederhana (SMTA): Menyokong isi rumah dengan bantuan kewangan sementara untuk menampung perbelanjaan sara hidup asas keluarga
- Bantuan jangka panjang (LTA): Menyokong orang yang tidak dapat bekerja secara kekal dan mempunyai sedikit atau tiada sokongan keluarga
- Bantuan yuran penjagaan pelajar (SCFA): Untuk kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah
Menurut laporan trend MSF tentang menyokong isi rumah berpendapatan rendah, bilangan isi rumah yang disokong oleh SMTA menurun daripada 27,392 pada 2022 kepada 22,960 pada 2023. Ini di bawah paras sebelum pandemik iaitu 27,989 pada 2019, dan merosot daripada paras tertinggi semasa COVID-19 iaitu 36,853 pada 2021.
Jumlah wang yang dikeluarkan melalui SMTA juga jatuh daripada paras tertinggi $169.7 juta pada 2020 kepada S$112.5 juta pada 2022 dan S$105.1 juta pada 2023.
MSF mengaitkan penurunan ini disebabkan oleh pemulihan ekonomi pasca COVID-19, pengembangan pasaran buruh sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sokongan daripada skim pemerintah seperti Skim Tambahan Pendapatan Daya Kerja (WIS) dan Pakej Jaminan.
Bagi isi rumah yang disokong oleh LTA, terdapat penurunan kecil daripada 3,857 pada 2022 kepada 3,479 pada tahun lalu. Sama seperti kumpulan SMTA, ia lebih rendah daripada 4,175 pada 2019.
Tahun lalu, sebanyak S$23 juta telah dikeluarkan, turun daripada S$24.9 juta pada 2019 dan paras tertinggi pada 2020 iaitu sebanyak S$28.5 juta.
Ini mungkin disebabkan oleh lebih ramai penduduk bekerja lebih lama, kohort muda warga emas mempunyai lebih banyak simpanan dan peningkatan sokongan pemerintah untuk warga emas melalui Skim Ihsan Senja dan Pakej Generasi Perintis dan Merdeka, kata MSF.
BANTUAN TUNAI BULANAN
Menurut laporan MSF, jumlah median bulanan bagi bantuan tunai melalui SMTA yang dikeluarkan bagi setiap penerima bantuan dalam isi rumah yang dibantu meningkat sebanyak S$20 kepada S$370 dari 2022 hingga 2023, dan meningkat sebanyak $70 sejak 2019.
MSF menyatakan bahawa peningkatan itu mencerminkan usahanya untuk memastikan sokongan ComCare kekal mencukupi melalui semakan berkalanya.
“Jumlah bantuan tunai yang diberikan disesuaikan mengikut komposisi, keperluan dan pendapatan setiap isi rumah,” kata MSF.
"Sebagai contoh, isi rumah yang mempunyai anggota keluarga yang menganggur buat sementara waktu tanpa pendapatan akan memerlukan lebih banyak bantuan daripada isi rumah yang memerlukan sokongan untuk menambah pendapatan mereka daripada bekerja."
MSF juga melaporkan bahawa kebanyakan - 67 peratus - isi rumah yang menerima SMTA mempunyai satu hingga dua penerima bantuan pada 2023, manakala 13 peratus mempunyai lima atau lebih.
Hampir separuh - 46 peratus - isi rumah yang menerima SMTA hanya mempunyai penerima bantuan dewasa.
Bagi isi rumah yang menerima LTA, hampir kesemua - 96 peratus - daripada mereka hanya mempunyai seorang penerima bantuan.
PENDIDIKAN DAN PERUMAHAN MASIH MENJADI ISU
Selain daripada skim kewangan di bawah ComCare, MSF juga mempunyai ComLink+ untuk memberi bantuan kewangan kepada keluarga berpendapatan rendah, terikat dengan syarat seperti mendapat pekerjaan yang stabil, mendaftarkan kanak-kanak di prasekolah, membayar hutang dan menabung untuk memiliki rumah sendiri.
Data yang dikumpul oleh MSF daripada 9,153 keluarga ComLink+ yang tinggal di flat sewa awam menunjukkan bahawa sehingga Disember 2023, lebih 60 peratus daripada mereka telah bekerja selama enam bulan berturut-turut atau lebih.
Hampir tujuh daripada 10 keluarga tidak mendapat bantuan kewangan - termasuk bantuan ComCare antara lain - dan lebih separuh daripada mereka menyaksikan pertumbuhan pendapatan sebenar.
Lebih 80 peratus daripada keluarga dengan kanak-kanak dalam usia prasekolah telah mendaftar di prasekolah.
Bagaimanapun, hanya 26 peratus daripada kanak-kanak yang menghadiri prasekolah pengendali utama (AOP) mempunyai purata kadar kehadiran bulanan sebanyak 75 peratus atau lebih tinggi.
Berhubung perumahan, 66 peratus daripada keluarga ComLink+ tidak mempunyai simpanan yang besar untuk pemilikan rumah sendiri.
"Penjimatan yang banyak" secara kasarnya bermaksud bahawa baki dalam akaun biasa CPF mereka boleh menampung sekurang-kurangnya 20 peratus daripada anggaran harga untuk flat Bina Ikut Tempahan (BTO) 3 bilik di estet-estet belum matang pada 2023.
Walaupun sekitar satu perempat daripada keluarga itu mempunyai tunggakan sewa kurang daripada tiga bulan serta simpanan yang besar untuk sebuah rumah, MSF mendapati bahawa 93 peratus daripada mereka masih belum membeli flat dan berpindah dari flat sewa.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.