Skip to main content

Singapura

Jumlah individu diberikan kerakyatan SG dan PR sejak 2019 lebih tinggi berbanding 5 tahun sebelumnya

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata Singapura terus mengekalkan kadar imigresen yang stabil.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata Singapura terus mengekalkan kadar imigresen yang stabil.

Ini membantu menyederhanakan kesan daripada kadar kelahiran yang rendah dan penduduk yang semakin menua.

Pada tahun lalu, sekitar 23,500 individu diberikan kerakyatan Singapura. Ini termasuk sekitar 1,300 bayi dilahirkan di luar negara kepada ibu bapa warga Singapura.

Seramai 34,500 penduduk diberikan status penduduk tetap.

Jumlah kerakyatan dan penduduk tetap baharu yang diberikan sejak 2019 adalah lebih tinggi sedikit berbanding tempoh lima tahun sebelumnya.

Beberapa anggota parlimen menggariskan kepentingan membantu rakyat baharu menyepadukan diri ke dalam masyarakat.

Menjawab pertanyaan yang diketengahkan mengenai pengurusan imigresen, Cik Indranee berkata dasar-dasar dikuatkuasakan untuk menyokong keperluan penduduk di masa hadapan.

Contohnya, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, lebih ramai petugas jagaan kesihatan diberikan status sebagai penduduk tetap Singapura bagi menyokong keperluan jagaan kesihatan yang semakin meningkat di Singapura.

"Seperti datuk moyang kita, ramai pendatang datang ke Singapura dan bermastautin di sini kerana mereka berharap dapat menjalani hidup yang lebih baik di Singapura.

"Setelah sekian lama, mereka menjadi teman-teman kita dan kemudian rakan senegara yang bekerja di samping kami untuk membina masa hadapan bersama yang lebih cerah," katanya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita