Jumlah individu alami isu kesihatan mental naik kepada 17% pada 2022
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Usul itu dibentangkan berikutan isu kesihatan mental yang semakin meningkat di Singapura.
Para AP menyatakan, data nasional terbaharu pada 2022 menunjukkan, sekitar 17 peratus penduduk mengalami isu kesihatan mental.
Jumlah itu naik sekitar sepertiga, berbanding kadar 13 peratus pada 2020.
Dr Wan Rizal berkata, ini boleh membawa kesan kepada bukan sahaja sektor kesihatan, tetapi juga kepada ekonomi negara, iaitu kehilangan S$15.7 bilion setahun ekoran hilangnya daya penghasilan dan kos jagaan kesihatan.
Para AP juga menekankan perlunya langkah-langkah bersasar dalam keadaan-keadaan berbeza.
Ini termasuk untuk para pelajar, pekerja atau penjaga di rumah.
AP GRC Sembawang Mariam Jaafar misalnya bangkit menekankan peri perlunya intervensi awal, terutama sekali dalam kes-kes yang lebih rumit.
Beliau menceritakan kes individu yang mengalami tekanan selepas hilang pekerjaan.
"Saya telah berkongsi cerita sebenar tentang 'C' yang mengharungi liku-liku kehidupan dengan kondisi gangguan bipolar. C seorang berbangsa Melayu. Ketika beliau hilang kerja ibu mertuanya mencela dan mengherdiknya dengan kata-kata cemuhan. Malangnya respons sedemikian bukannya sesuatu yang jarang berlaku di masyarakat kita. Kita tidak boleh meremehkan usaha yang sangat-sangat diperlukan ini tetapi sebenarnya ada ciri-ciri masyarakat kita yang sangat membantu," jelas Cik Mariam.
AP Nadia Ahmad Samdin (PAP-Ang Mo Kio) pula berkata: "Cabaran kesihatan mental boleh menjejas setiap lapisan masyarakat dari yang muda sehingga mereka yang lebih berumur. Isu ini merupakan suatu isu yang mendesak, lantas kita seharusnya membiasakan perbualan tentang kesejahteraan mental sebagai suatu perkara yang normal."

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.