Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah graduan SG dapat kerja 6 bulan selepas tamat pengajian merosot tahun lalu tapi gaji median naik sedikit

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Feb 2024 06:50PM Dikemas Kini : 22 Feb 2024 09:08PM
SINGAPURA: Jumlah graduan universiti yang berhasil mendapat pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian merosot kepada 89.6 peratus pada 2023 berbanidng 93.8 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Kira-kira 90 peratus mendapat pekerjaan sepenuh masa pada 2023, berbanding 94 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

Perangkaan itu adalah hasil tinjauan bersama yang dijalankan oleh empat universiti tempatan, yang didedahkan pada Khamis (22 Feb), melibatkan lebih 12,000 graduan.

Lebih 90 peratus daripada mereka yang mendapat pekerjaan pada tahun lalu, mengambil kursus Sains Kesihatan, Perniagaan, Persekitaran Binaan serta Teknologi Maklumat dan Digital.

Selebihnya merupakan lulusan Sains, Seni, Reka Bentuk & Media, Kejuruteraan selain Kemanusiaan & Sains Kemasyarakatan.

Gaji median bagi pekerjaan sepenuh masa telah meningkat sedikit kepada lebih S$4,300. Perangkaan tersebut meningkat sebanyak 10.5 peratus antara 2021 dan 2022.

Gaji tersebut merupakan kenaikan sekitar S$100, berbanding tahun sebelumnya.

Selain itu, jumlah penganggur daripada graduan baharu terus meningkat sejak tiga tahun lalu.

Data terbaharu turut menunjukkan peningkatan sebanyak 4 peratusan mata berbanding tahun sebelumnya.

Daripada 10,900 graduan baharu yang melangkah ke alam pekerjaan yang ditinjau pada 2023, 84.1 peratus mempunyai pekerjaan tetap sepenuh masa, turun daripada 87.5 peratus yang dicatatkan pada 2022.

Sementara itu, pekerja bebas membentuk 1.5 peratus daripada mereka yang berada dalam tenaga buruh, merosot daripada 1.8 peratus pada 2022.

Perangkaan bagi mereka yang bekerja sambilan dan sementara, adalah 4 peratus, menyusut daripada 4.5 peratus pada 2022.

Kira-kira suku daripada mereka yang diambil bekerja secara sambilan atau buat sementara waktu, membentuk 1.1 peratus daripada semua responden dalam tenaga buruh, mempunyai pekerjaan secara sambilan atau sementara pada 2023, berbanding 0.8 peratus yang dicatatkan pada 2022, menurut tinjauan itu.

Daripada baki responden dalam tenaga buruh, 3.6 peratus menganggur tetapi akan mula bekerja tidak lama lagi atau memulakan usaha perniagaan, manakala 6.8 peratus menganggur dan masih mencari pekerjaan.

Kelompok sains kesihatan, teknologi maklumat dan digital serta perniagaan mencatatkan kadar pengambilan pekerja tetap sepenuh masa yang paling tinggi.

Tinjauan tersebut dijalankan oleh Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS).

Dua universiti berautonomi Singapura yang lain - Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) dan Institut Teknologi Singapura (SIT) - akan mendedahkan dapatan tinjauan masing-masing secara berasingan kelak.
Sumber : CNA/LL/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan