Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah geran AIC bagi pertingkat kemahiran jagaan masyarakat naik lebih 4 kali ganda

Lebih banyak sokongan diberikan kepada mereka yang ingin meningkatkan kemahiran profesional bagi sektor jagaan masyarakat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Sep 2019 06:30PM Dikemas Kini : 18 Sep 2019 09:37PM

SINGAPURA: Lebih banyak sokongan diberikan kepada mereka yang ingin meningkatkan kemahiran profesional bagi sektor jagaan masyarakat.

Ini dilakukan dengan jumlah geran pengajian yang diberikan Agensi Jagaan Bersepadu (AIC) meningkat lebih empat kali ganda kepada 300 geran sejak 2017.

Encik Andy Ang, 37 tahun, meninggalkan pekerjaannya sebagai seorang akauntan selepas sedekad bekerja untuk mengejar cita-citanya untuk bekerja dengan warga tua.

Beliau tidak memiliki kelayakan formal dalam pendidikan geriatrik tetapi mendapat peluang bekerja di sebuah Pusat Kegiatan Warga Tua TOUCH di Yishun.

Di sini, beliau menjalankan beberapa program untuk menggalakkan penuaan yang aktif.

Bertekad untuk melanjutkan lagi baktinya, beliau memohon untuk Anugerah Jagaan Masyarakat Pembangunan Tenaga Manusia.

Anugerah berkenaan memberi peluang buat mereka seperti Encik Ang untuk memperkembangkan kerjaya dan meningkatkan pengetahuan profesional mereka.

Lebih 100 orang menerima sokongan sedemikian untuk melanjutkan pengajian mereka tahun ini.

Mereka digesa supaya mengikuti perkembangan sektor jagaan masyarakat yang sentiasa berubah-ubah.

"Penting untuk mengambil pendekatan perjalanan anda dalam dunia jagaan masyarakat dengan semangat untuk belajar, rela keluar dari zon keselesaan anda dan sentiasa berfikiran terbuka," kata Menteri Negara Kanan Kesihatan Dr Amy Khor.

Para penerima anugerah boleh memilih pelbagai program seperti latihan amali hingga mendapatkan sarjana dalam bidang klinikal dan bukan klinikal. 

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan