Jumlah gelandangan di SG turun 6.4% pada 2025 berbanding 2022, MSF bakal lancar dana S$450,000 tanganinya
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah gelandangan yang dihitung pada satu malam menurun sebanyak 6.4 peratus pada 2025 berbanding 2022, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) pada Jumaat (9 Jan).
Antara langkah-langkah lain, MSF akan melancarkan dana sebanyak S$450,000 untuk membantu pertubuhan masyarakat menangani masalah gelandangan.
Permohonan dibuka pada 1 April 2026, menurut kementerian itu.
Seramai 496 gelandangan dihitung semasa kiraan satu malam pada 18 Julai 2025 - penurunan daripada 530 yang dikira pada 2022.
Gelandangan ditakrifkan sebagai individu yang tidur di tempat awam, tanpa mengira sama ada mereka mempunyai tempat tinggal atau tidak.
Ini termasuk mereka yang tidak mempunyai rumah serta mereka yang mempunyai rumah tetapi tidak dapat pulang ke rumah tersebut.
Gelandangan juga merangkumi mereka yang tidak mempunyai akses kepada perumahan, dan tidak semua gelandangan tidur di tempat awam - sesetengah mungkin tinggal di penginapan sementara seperti tempat perlindungan sambil mencari perumahan jangka panjang yang stabil.
Bercakap kepada media di tempat perlindungan peralihan Yio Chu Kang, Setiausaha Parlimen Kanan Undang-Undang merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga Eric Chua berkata adalah ia adalah salah tanggapan umum bahawa tidur di tempat awam adalah satu jenayah, dan beliau menekankan pentingnya menunjukkan keprihatinan.
Beliau menggalak orang ramai untuk melihat orang yang tidur di tempat awam dengan "sudut pandang yang berbeza" dan mereka tidak seharusnya dianggap sebagai "ancaman yang perlu ditangani".
"Jika mereka selesa, mereka mungkin akan lebih cenderung untuk bercakap dengan rakan-rakan kita yang tidur di tempat awam dan menghulurkan sedikit bantuan."
BILANGAN GELANDANGAN TURUN SEDIKIT
Sukarelawan pada mulanya mencatat 573 pemerhatian semasa kiraan di jalanan, tetapi 77 dikecualikan kerana individu tersebut sama ada tidak memenuhi kriteria orang yang tidur di tempat awam atau disahkan sebagai warga asing, menurut laporan MSF.
Semua kawasan perancangan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) di Singapura yang selamat dan boleh diakses dengan berjalan kaki pada waktu malam sudah dirangkumi.
Ini bermakna pulau-pulau di sekitar Singapura, tanah perkuburan, zon tentera, kawasan tadahan air, kawasan perumahan privet tanpa pavilion awam, kawasan kediaman berpagar, dan kawasan perindustrian larangan, tidak selamat atau kurang pencahayaan dikecualikan daripada kiraan tersebut.
MSF menyatakan bahawa kiraan pada satu masa itu memberi gambaran yang menyeluruh dan tepat mengenai taburan geografi orang yang tidur di tempat awam pada satu malam, dan juga mengurangkan kiraan berulang.
Dalam perinciannya, laporan itu mengenal pasti gelandangan di 35 daripada 36 kawasan perancangan URA, dengan Tengah dikecualikan.
Jumlah tertinggi gelandangan dicatat di Bukit Merah dan Jurong West, masing-masing dengan 39 orang, diikuti rapat oleh Bedok dengan 38 orang.
Sebagai perbandingan, Kallang mencatat jumlah tertinggi pada 2022, dengan 50 gelandangan.
Jumlah kawasan dengan lebih 20 gelandangan juga menurun sedikit daripada sembilan pada 2022 kepada 8 pada 2025.
Sebahagian besar gelandangan yang dihitung, atau 85 peratus, adalah lelaki.
Lebih daripada 50 peratus berusia lebih 50 tahun, 36 peratus berusia antara 31 hingga 50 tahun, dan 6 peratus berusia 30 tahun ke bawah.
Lebih 800 sukarelawan dari sektor awam, pertubuhan masyarakat dalam rangkaian 'Partners Engaging and Empowering Rough Sleepers', dan orang awam mengambil bahagian dalam kiraan tersebut.
Tinjauan ke atas gelandangan juga dijalankan untuk mengetahui lebih lanjut tentang apa menyebabkan mereka tidur di tempat awam, jenis lokasi yang mereka pilih dan cabaran yang mereka hadapi.
Tinjauan selama sebulan itu bermula pada 27 Julai 2025, dan merangkumi respons daripada 128 orang yang tidur di tempat awam - atau 26 peratus daripada jumlah kiraan jalanan pada 18 Julai.
Tinjauan MSF mendapati bahawa 77 peratus responden tidur di tempat awam selama lebih setahun, dan 70 peratus berkata ini bukan kali pertama mereka tidur di tempat awam.
"Ini menunjukkan bahawa sesetengah mereka mungkin sudah lama berbuat demikian, berkemungkinan disebabkan oleh isu-isu kompleks dan saling berkaitan yang dihadapi, dan keengganan mereka untuk mendapatkan bantuan walaupun pelbagai sokongan dihulurkan," menurut laporan itu.
Walaupun begitu, hampir 50 peratus daripada mereka yang ditinjau (47 peratus) mempunyai rumah untuk pulang.
Ini termasuk flat sewa awam (17 peratus), hartanah yang dibeli (16 peratus) dan rumah milik ahli keluarga, saudara atau kawan (13 peratus) yang boleh mereka diami.
Hampir separuh daripada responden (49 peratus) menyatakan perselisihan dengan ahli keluarga, rakan-rakan, atau rakan serumah sebagai punca mereka tidur di tempat awam.
Sekitar 29 peratus responden melaporkan kesukaran mendapatkan atau mengekalkan perumahan, manakala 20 peratus daripada mereka menyebut kesulitan kewangan.
Mengenai status berkaitan pekerjaan mereka, 65 peratus responden mempunyai beberapa bentuk pekerjaan, dengan 35 peratus bekerja sepenuh masa dan 20 peratus mempunyai pekerjaan sambilan.
Lebih 70 peratus daripada mereka yang bekerja melaporkan pendapatan kurang daripada S$2,000, manakala 20 peratus memperoleh S$2,000 hingga S$3,999.
Daripada 32 peratus yang menganggur, 27 peratus berkata bahawa mereka sedang aktif mencari pekerjaan.
Sebahagian besar responden, 95 peratus, menyatakan bahawa mereka kerap tidur di tempat awam, di lokasi di mana penyelidik bertemu mereka.
"Ini menunjukkan kecenderungan untuk berada di atau berhampiran persekitaran yang biasa," menurut MSF.
Apabila ditanya tentang pilihan untuk menginap di tempat perlindungan, 80 peratus responden menyatakan bahawa mereka tidak pernah tinggal di sana.
Daripada 20 peratus yang pernah berbuat demikian, lebih separuh berkata mereka tidak berminat untuk tinggal di tempat perlindungan atau kediaman lagi.
Sementara itu, 57 peratus responden mempunyai keinginan untuk berpindah ke perumahan jangka panjang.
Ini termasuk flat sewa HDB (49 peratus), membeli rumah sendiri (7 peratus), atau menyewa bilik atau rumah di pasaran terbuka (5 peratus). Responden boleh memilih lebih daripada satu pilihan perumahan yang mereka harapkan.
Dalam kalangan 52 peratus responden yang berkata bahawa mereka akan terus tidur di tempat awam, dua pertiga juga berkongsi bahawa mereka mempunyai rancangan penginapan lain.
"Ini menunjukkan bahawa ramai masih bercita-cita untuk memiliki rumah sendiri dan menganggap tidur di tempat awam sebagai aturan sementara," menurut laporan itu.
USAHA UNTUK MENYOKONG GELANDANGAN
Bagi menangani isu gelandangan, MSF menyatakan bahawa ia akan melancarkan dana baru bernilai S$450,000 untuk bekerjasama dengan pertubuhan untuk mencuba huraian yang menangani punca asas mereka tidur di tempat awam dan membantu gelandangan berusaha ke arah kestabilan perumahan.
Dana baharu, yang dinamakan 'Partnership to Tackle Homelessness' (PATH), akan mula menerima permohonan daripada pertubuhan untuk membiayai percubaan dan inisiatif yang menyediakan sokongan untuk gelandangan bermula 1 April 2026.
Kementerian tersebut menyatakan bahawa inisiatif sedemikian boleh membantu menyediakan bantuan perubatan dan psikologi, serta sokongan sosial kepada gelandangan.
MSF juga bekerjasama dengan dua tempat perlindungan peralihan, Transit Point di Yio Chu Kang dan Transit Point di Jalan Kukoh, untuk mereka bentuk semula unit tempat perlindungan bagi memberi penghuni lebih banyak privasi dan ruang penyimpanan.
"Peningkatan ini bertujuan untuk menggalak lebih ramai gelandangan untuk mengambil sokongan tempat perlindungan," menurut kementerian tersebut.
Usaha lain termasuk memudahkan bantuan kewangan ComCare melalui pejabat khidmat sosial MSF, menghubungkan individu dengan peluang pekerjaan melalui Agensi Tenaga Kerja Singapura (WSG), dan menyediakan sokongan rumah sewa di bawah Skim Sewa Awam HDB.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.