Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah flat jualan semula bertukar tangan merosot pertama kali dalam 8 bulan

Anggaran Waktu Membaca:
Jumlah flat jualan semula bertukar tangan merosot pertama kali dalam 8 bulan

Flat-flat HDB dengan pemandangan latar langit Singapura. (Ga,bar: Calvin Oh/CNA)

SINGAPURA: Dalam beberapa bulan sejak Pemerintah mengambil langkah terbaru meredakan pasaran hartanah, jumlah urus niaga flat jualan semula Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) merosot buat kali pertama dalam tempoh lapan bulan. Ia turun hampir satu perempat.

Sekalipun demikian, harga flat jualan semula HDB pada Oktober meningkat untuk bulan ke-28 berturut-turut, walaupun pada rentak yang lebih perlahan, iaitu 0.5 peratus berbanding 1.3 peratus pada September.

Jumlah rendah unit flat jualan semula yang bertukar tangan tidak mengejutkan pemerhati industri seperti ketua pegawai eksekutif agensi hartanah Huttons Asia, Mark Yip, yang berkata ia hanya "reaksi susulan" oleh pembeli rumah yang menahan diri daripada membeli flat jualan semula HDB selepas langkah meredakan pasaran hartanah diambil.


KEMEROSOTAN JUMLAH URUS NIAGA

Data yang dikeluarkan pada Khamis (3 Nov) oleh portal hartanah 99.co dan SRX menunjukkan 1,965 flat jualan semula HDB diurus niaga pada Oktober, turun 24.1 peratus berbanding September.

Urus niaga menurut jenis unit:

Flat tiga-bilik (23.7 peratus)
Flat empat-bilik (41.9 peratus)
Flat lima-bilik (26.1 peratus)
Flat eksekutif (6.8 peratus)

Urus niaga menurut estet:

Estet matang (42.3 peratus)
Estet tidak matang (57.7 peratus)

Encik Pow Ying Khuan, ketua penyelidik 99 Group, menyatakan bahawa jumlah urus niaga bulanan adalah yang paling rendah dicatatkan pada bulan Oktober sejak 2017.

Namun ia mungkin bukan disebabkan langkah meredakan pasaran hartanah yang dilaksanakan pemerintah, kerana ia biasanya mengambil masa kira-kira lapan minggu untuk jualan HDB diselesaikan, katanya.

Encik Yip dari Huttons Asia menambah bahawa mungkin terdapat faktor lain yang menyebabkan penurunan jumlah penjualan.

Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan