Jumlah firma amal sesi henti kerja sementara bagi semak proses keselamatan "amat menggalakkan"
SINGAPURA: Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja menyatakan jumlah syarikat yang melakukan sesi berhenti kerja sementara untuk menyemak proses keselamatan amat menggalakkan.
Pemerintah menyarankan langkah itu bagi menangani kenaikan jumlah kemalangan maut di tempat kerja sejak awal tahun ini.
Langkah berhenti kerja sementara atau 'time-out' dilakukan sedang syarikat-syarikat berdepan dengan cabaran untuk memenuhi keperluan projek dalam masa yang suntuk serta isu kekurangan pekerja.
Majlis Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja menambah pihaknya sedia untuk menyokong syarikat-syarikat dan menyediakan kursus latihan dan rundingan percuma bagi membolehkan syarikat melaksanakan langkah-langkah keselamatan asas.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.