Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah duta jarak selamat bakal dikurangkan secara beransur-ansur: MSE

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) merancang untuk mengurangkan secara beransur-ansur jumlah Duta Jarak Selamat (SDA) sejajar dengan pelonggaran sekatan COVID-19 di negara ini.

"Tanggungjawab peribadi dan sosial individu serta pemilik perniagaan penting untuk memastikan orang ramai kekal selamat" ketika Singapura beralih ke fasa hidup dengan COVID-19, menurut MSE pada Ahad (24 Apr) sebagai menjawab soalan Mediacorp.

Sekitar 2,000 SDA kini bekerja dengan pelbagai agensi pemerintah. MSE menyatakan bahawa Pemerintah akan menawarkan bantuan pekerjaan kepada SDA yang memerlukannya.

Langkah tersebut akan membolehkan SDA "kembali ke sektor lain ketika ekonomi semakin pulih di tengah-tengah pasaran buruh yang semakin ketat”, menurut MSE.

Pegawai Penguatkuasa (EO) masih diperlukan memandangkan langkah-langkah pengurusan selamat masih dikuatkuasakan di beberapa tempat, tambah MSE.

Ini termasuk langkah-langkah pengurusan selamat di tempat yang mempunyai risiko jangkitan lebih tinggi seperti pusat hiburan malam dengan kegiatan berjoget, acara dengan lebih 500 peserta pada satu-satu masa dan juga pusat makanan dan minuman.

Tidak seperti SDA, EO mempunyai kuasa untuk menjalankan pemeriksaan dan siasatan terhadap sebarang pelanggaran langkah pengurusan selamat.

"Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan terus dilakukan terhadap individu dan pemilik/pengendali perniagaan yang tidak mematuhi langkah pengurusan selamat," tegas MSE.

Ini termasuk denda atau didakwa di mahkamah.

"Sedang kita menyesuaikan diri dengan norma baru, kami ingin menggalak semua orang untuk memainkan peranan bagi memastikan keselamatan satu sama lain. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua SDA dan EO atas usaha dan sumbangan mereka dalam memastikan Singapura selamat semasa pandemik COVID-19," menurut MSE.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan