Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah doktor pakar akan bertambah 43% dalam lima tahun akan datang

Jumlah doktor pakar akan bertambah 43% dalam lima tahun akan datang dan ini termasuk mereka yang akan berupaya menangani keadaan kecemasan di hospital-hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Feb 2020 09:28PM Dikemas Kini : 03 Feb 2020 10:49PM

SINGAPURA: Jumlah doktor pakar akan bertambah 43% dalam lima tahun akan datang dan ini termasuk mereka yang akan berupaya menangani keadaan kecemasan di hospital-hospital.

Singapura kini mempunyai 180 doktor pakar serta 240 doktor bedah dan ini termasuk mereka yang akan berupaya menangani keadaan kecemasan di hospital-hospital.

Menteri Negara Kanan Kesihatan, Edwin Tong berkata demikian di parlimen, sebagai menjawab persoalan tentang keupayaan pihak hospital menangani kes-kes trauma.

Ini selepas para mangsa satu nahas jalan raya di Lucky Plaza dibawa ke hospital awam, dan bukan hospital privet yang lebih dekat.

Menurut Encik Tong, semua hospital awam tempatan berupaya menawarkan rawatan awal bagi kes-kes kecemasan yang mengancam nyawa.

Meskipun hospital-hospital swasta tidak dilengkapi untuk kes-kes sedemikian, hospital-hospital awam menawarkan perlindungan secukupnya bagi semua kes kecemasan di Singapura.

Encik Tong menambah, MOH sedang berbincang dengan hospital-hospital privet tentang keupayaan mereka menangani kes kecemasan dan khidmat trauma yang diperlukan untuk menguruskan semua kes mengancam nyawa termasuk para pesakit yang cedera serius.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan