Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah COE lebih rendah dari Februari hingga April

Bilangan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi tempoh tiga bulan akan datang antara Februari dengan April ini dijangka berkurangan sekitar 12.9 peratus berbanding suku sebelumnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2019 12:25PM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 09:56PM

SINGAPURA: Bilangan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) bagi tempoh tiga bulan akan datang antara Februari dengan April ini dijangka berkurangan sekitar 12.9 peratus berbanding suku sebelumnya.

Kuota COE bagi tempoh itu sebanyak 26,257, mengecut berbanding 30,143 yang ditawarkan antara November dengan Januari ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataan media hari ini (24 Jan).

Sejumlah 9,901 COE diperuntukkan di bawah Kategori A iaitu bagi kereta sehingga 1,600 cc dan kuasa maksimum tidak melebihi 97 kiloWatt. Jumlah itu adalah lebih rendah berbanding suku sebelumnya. Secara purata, kuota bulanannya pula adalah 3,300.

Kategori B iaitu bagi kereta yang melebihi 1,600cc atau kuasa maksimum melebihi 97kiloWatt, akan mempunyai 7,197 COE yakni kurang sedikit berbanding suku sebelumnya. Ini bermakna purata kuota bulanan bagi kategori itu adalah 2,399.

Kenderaan muatan dan bas dalam Kategori C akan diperuntukkan 1,824 COE dengan purata kuota bulanan sebanyak 608.

Bagi motosikal dalam Kategori D pula, kuota COE adalah 4,953 - merosot 25 peratus berbanding kuota suku sebelumnya iaitu 6,622. Kuota bulanan adalah 1,651.

Kuota COE yang diperuntukkan bagi kenderaan dalam Kategori Terbuka pula adalah 2,382 dengan purata bulanan sebanyak 794.  

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan