Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jumlah anggota NTUC cecah sejuta setakat Jun

Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mencatat detik bersejarah dengan jumlah keanggotaannya kini melepasi sejuta orang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Nov 2021 08:06PM Dikemas Kini : 16 Nov 2021 09:27PM

SINGAPURA: Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) mencatat detik bersejarah dengan jumlah keanggotaannya kini melepasi sejuta orang.

Gerakan buruh itu menyasarkan untuk mencapai 1.5 juta anggota menjelang 2030.

Namun, untuk itu NTUC menyatakan ia mesti terus menggunakan inovasi dalam model keanggotaan supaya dapat menyediakan khidmat lebih baik kepada para anggota semasa waktu senang dan sukar.

Berucap menjelang Persidangan Delegasi Nasional tahun ini, Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng melakarkan tujuh keutamaan untuk memperjuangkan hak pekerja dengan lebih baik lagi.

Ini termasuk memanfaatkan inovasi bagi model perniagaan, mengadakan lebih banyak program latihan yang selaras dengan trend pendigitalan dan terus memperdalam kerjasama tiga pihak.

NTUC juga mahu mempelbagaikan model keanggotaan untuk memenuhi keperluan berubah-ubah para pekerja di setiap peringkat kehidupan.

Encik Ng menambah NTUC mesti kekal relevan untuk menarik lebih ramai anggota.

Hanya dengan itu, NTUC akan mempunyai platform yang lebih besar untuk mendampingi serta membantu para pekerja.

Sumber : CNA/RU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan