Jumlah agihan Roda-Roda Ramadan 4PM catat nilai tertinggi dalam 25 tahun
Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi (4PM) mencatat sejarah dengan agihan tertingginya sebanyak S$275,000 tahun ini.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi (4PM) mencatat sejarah dengan agihan tertingginya sebanyak S$275,000 tahun ini.
Ia bagi inisiatif Roda-Roda Ramadan (ROW) yang dijalankan pada Sabtu (15 Mac) yang membantu lebih 860 keluarga kurang berkemampuan untuk persiapan lebaran mereka.
Jumlah penerima bantuan juga meningkat sekitar 50 peratus berbanding tahun sebelumnya.
3 BENTUK AGIHAN HABUAN ROW-25
Seawal 9 pagi lagi, para relawan sudah berkumpul di Eunos Petal Garden di Bedok Reservoir Road untuk membungkus dan menghantar pek-pek habuan.
Setiap pek yang bernilai S$350 merangkumi baucar dan barangan keperluan asas termasuk beras, minyak masak, mi dan rempah ratus, serta keperluan Hari Raya seperti kuih-muih dan ketupat segera.

Istimewanya tahun ini, agihan habuan dilakukan menerusi tiga cara.
Bagi sekitar 400 keluarga, habuan mereka dihantar langsung ke rumah mereka dengan bantuan sekitar 150 relawan berkenderaan.
Sementara itu, 200 keluarga yang lain pula dijemput datang ke acara agihan tersebut untuk memilih sendiri barangan asas kemahuan mereka menerusi 'pasar' yang dibangunkan pasukan 4PM.
Manakala sekitar 50 keluarga terpilih pula dibawa para relawan untuk membeli-belah di pasar raya Sheng Siong yang berdekatan.

Bagi penerima bantuan Cik Fauziah Awie yang bertugas sebagai penghantar makanan, beliau bersyukur kerana bantuan tersebut meringankan perbelanjaannya sekeluarga.
"Alhamdulillah bantuan ini untuk keluarga saya, lebih-lebih lagi suami saya yang sedang sakit sekarang. 4PM banyak menolong keluarga saya dan sebelum ini juga kepada arwah bapa saya. Mudah-mudahan 4PM dapat menolong kami pada tahun hadapan," kata Cik Fauziah kepada BERITA Mediacorp.
Bukan sahaja penerima bantuan, usaha ini juga bermakna bagi para sukarelawan yang menyumbang masa dan tenaga pada bulan Ramadan ini.

Antara 400 relawan berbilang kaum yang tampil menyingsing lengan ialah Cik Auni Kafiya.
"Saya ingin mencari cara untuk memberi semula kepada masyarakat secara langsung dan membantu mereka terutama dalam bulan yang mulia ini. Setakat ini pengalamannya sangat menyeronokkan kerana saya berpeluang berinteraksi dengan sukarelawan yang lain dan bekerjasama dengan keluarga 4PM untuk menjalankan program ini," kata Cik Auni.
Acara itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Indranee Rajah.
Selain memberikan sokongan dan kata-kata perangsang kepada relawan seperti Cik Auni, Menteri Kedua Kewangan itu turut memuji usaha serta komitmen 4PM dalam menyokong masyarakat.
Beliau turut menyampaikan cenderahati sebagai penghargaan kepada rakan-rakan kerjasama dan para penaja.

KOMITMEN 4PM UNTUK TERUS MELUASKAN KHIDMAT UNTUK MASYARAKAT
Selain habuan, ROW tahun ini turut menghulurkan bantuan wang tunai sebanyak S$250 kepada 260 keluarga di bawah skim bantuan 4PM.
Ia sebahagian usaha berterusan 4PM untuk meluaskan lagi khidmat bantuannya kepada lebih ramai penerima.
"4PM telah meluaskan program pembangunan keluarga yang memberikan sokongan kepada penerima bukan sahaja semasa ROW, tetapi juga selepas Ramadan melalui inisiatif Perkhidmatan Sosial dan Perkhidmatan Peningkatan Keluarga. Kami bertekad untuk memastikan sokongan berterusan kepada keluarga melalui program ini dengan memberikan bantuan yang berkesan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup mereka secara holistik, menghubungkan mereka dengan pelbagai perkhidmatan sosial dan menyediakan peluang untuk membangunkan jangka panjang," kata Pengerusi ROW 2025, Nurul Eriyanie Mohd Nazri.
Ini juga merupakan edisi ke-25 ROW.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.