Skip to main content

Singapura

Jujukan baru Omicron BA.2 dikesan di S'pura; MOH akan kaji lanjut

Jujukan baru varian Omicron dikesan di Singapura, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (28 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Jujukan baru Omicron BA.2 dikesan di S'pura; MOH akan kaji lanjut

Seorang penumpang dari penerbangan SQ325 Singapore Airlines di dewan bagasi Lapangan Terbang Changi pada 8 Sep 2021. (Gambar: AFP)

SINGAPURA: Jujukan baru varian Omicron dikesan di Singapura, lapor Kementerian Kesihatan (MOH) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat (28 Jan).

Menurut kementerian itu, 48 kes tempatan dan 150 kes import di Singapura disahkan melibatkan jujukan baru Omicron, BA.2, setakat 25 Januari lalu.

"Penguasa kesihatan di Denmark sudahpun mendedahkan dapatannya bahawa BA.2 adalah lebih berjangkit berbanding BA.1 tetapi tiada perbezaan ketara pada hasil klinikal," jelas kementerian itu.

"Kami akan memerlukan data dan kajian lanjut untuk memahami kesan kemudaratan, kekebalan dan kebolehjangkitan BA.2."

Jujukan baru Omicron BA.2 dikenal pasti oleh Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom (UK) pada minggu lalu sebagai varian yang sedang dikaji tetapi belum menyifatkannya sebagai varian yang membimbangkan.

BA.2 tidak mempunyai mutasi tertentu seperti yang disaksikan pada Omicron, yang boleh digunakan sebagai satu proksi untuk membezakannya dengan mudah daripada Delta.

Varian itu, yang menjadi dominan di Denmark, kelihatan lebih berjangkit berbanding varian Omicron BA.1 yang lebih biasa, menurut Menteri Kesihatan Denmark Magnus Heunicke pada Rabu. Bagaimanapun, tiada bukti yang menunjukkan ia menyebabkan lebih banyak penyakit.

Jujukan BA.1 buat masa ini membentuk 98 peratus daripada jumlah kes di seluruh dunia tetapi Denmark dicengkami varian BA.2, yang menjadi strain dominan pada minggu kedua Januari.

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita