Skip to main content

Singapura

Juara Tilawah tiga kali, Ustazah ‘Atii Qah penerima sulung anugerah baharu MTTTQ

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Aug 2026 08:59PM Dikemas Kini : 09 Sep 2026 08:17PM
SINGAPURA: Majlis Tilawah, Tahfiz dan Tadabbur Al-Quran (MTTTQ) memperkenalkan anugerah baharu tahun ini bagi mengiktiraf peserta yang muncul juara sebanyak tiga kali.

Ustazah ‘Atii Qah Suhaimi menjadi penerima pertama Anugerah Berprestij Pemenang Tiga Kali selepas menjuarai kategori Tilawah pada 2023, 2024 dan 2025.

MTTTQ merupakan pertandingan Tilawah dan Tahfiz Al-Quran peringkat kebangsaan di Singapura.

"Alhamdulillah, saya sangat bersyukur atas anugerah yang pertama kali dilakukan ini. Saya sebenarnya tidak sangka yang akan ada anugerah ini," kata Ustazah ‘Atii Qah.

Beliau berkata pengiktirafan itu turut mendorongnya untuk terus mempertingkatkan usaha pada masa akan datang.
Related article image
Ustazah ‘Atii Qah bakal mewakili Singapura di Malaysia tahun ini. (Gambar: Hidir Ezat)
Ustazah ‘Atii Qah bakal membawa nama Singapura ke pentas antarabangsa menerusi Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) di Malaysia tahun ini.

Singapura sudah menyertai pertandingan antarabangsa itu sejak 1965, dengan pemenang kategori Tilawah Dewasa dipilih untuk mewakili negara.

"Harapan saya adalah untuk saya dapat melakukan yang terbaik dan yang lebih baik daripada sebelum ini dan supaya saya dapat mengharumkan nama negeri, insya-Allah," katanya.

Beliau turut berharap Singapura dapat melahirkan lebih ramai generasi muda yang mampu membaca Al-Quran dengan baik.
Sumber : BERITA Mediacorp/hd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita