Skip to main content

Singapura

Juara Liga Perdana Singapura Albirex Niigata bakal 'jadi pasukan tempatan' dalam peralihan dasar

Anggaran Waktu Membaca:
Juara Liga Perdana Singapura Albirex Niigata bakal 'jadi pasukan tempatan' dalam peralihan dasar

(Gambar fail: Singapore Premiere League)

SINGAPURA: Juara bertahan Liga Perdana Singapura (SPL) Albirex Nigata (S) pada Rabu (13 Sep) mengumumkan peralihan dasar daripada menjadi kelab yang mempunyai kebanyakan pemain profesional Jepun kepada kelab yang mempunyai kebanyakan pemain Singapura.

Pasukan satelit pemain divisyen pertama Jepun, Albirex Niigata, menyertai SPL - yang dahulu dikenali sebagai Liga S -pada 2004 atas undangan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), dalam usaha untuk meningkatkan jumlah kehadiran penonton.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi lamannya, Albirex (S) menyatakan bahawa ia mula mengambil pemain Singapura pada 2018, dengan kelulusan daripada liga tersebut.

Sebelum itu, ia hanya mendapatkan pemain Jepun.

"Sejak itu, kami mendapatkan lebih ramai pemain tempatan, dan kami mewujudkan sekitaran bagi pembangunan pemain belia dengan pelancaran sebuah akademi," katanya.

"Kami kini membuat keputusan untuk menjadi sebuah kelab tempatan mulai musim depan."

Pemain Singapura paling dikenali yang menyertai Albirex (S) adalah Ilhan Fandi, anak legenda bola sepak Fandi Ahmad - yang menjaringkan 17 gol ketika kelab itu merangkul kejuaraan pada 2022. Ilhan kemudian berpindah ke pasukan divisyen kedua Belgium KMSK Deinze pada Disember tahun lalu.

Albirex (S) menambah bahawa dengan perubahan ini, ia kini boleh menyasarkan penyertaan dalam kejohanan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Walaupun memenangi SPL lima kali dalam tujuh musim lalu, kelab itu tidak layak mewakili Singapura dalam pertandingan benua seperti Piala AFC, kerana ia merupakan sebuah pasukan satelit.

Pasukan satelit adalah pasukan yang mempunyai kaitan dengan kelab bola sepak profesional dan diwujudkan bagi memberi latihan dan pengalaman kepada pemain muda.

Pengerusi Albirex (S) Daisuke Korenaga menyifatkan langkah menjadi pasukan tempatan itu sebagai "sangat berbeza daripada cabaran-cabaran sebelum ini".

"Saya percaya bahawa kita mempunyai 3 tugas: Untuk membantu pasukan kebangsaan Singapura menjadi lebih kuat, untuk meningkatkan kehadiran bola sepak di Singapura dan menjadi sukan terbaik yang menghubungkan masyarakat," katanya.

"Kami akan terus menyumbang kepada bola sepak Singapura," tambah Encik Korenaga.

CNA sudahpun menghubungi Albirex (S) dan FAS untuk mengulas dengan lebih lanjut.
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita