JUARA BACA BERITA 2026: Sekolah Rendah Zhenghua menang besar, rangkul juara individu dan keseluruhan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sorakan gemuruh dan suara cilik yang lantang bergema memenuhi Auditorium Perpustakaan Daerah Woodlands pada Sabtu (25 April) apabila murid-murid sekolah rendah tampil penuh yakin menyampaikan berita dalam pertandingan Juara Baca BERITA 2026.
Pertandingan itu terus menjadi wadah bagi peserta muda mengasah bakat dalam penyampaian berita, dengan penekanan terhadap sebutan, kelancaran, intonasi, keyakinan serta keupayaan tampil di depan kamera.
Dalam edisi kali ini, seramai 16 peserta dari lapan sekolah zon barat Singapura berentap, dengan markah digabungkan antara dua wakil sekolah bagi menentukan juara keseluruhan.

PESERTA KONGSI CABARAN, LATIHAN DAN SOKONGAN DI SEBALIK KEJAYAAN
Auni Iffah Mohamed Kamarul dari Sekolah Rendah Zhenghua dinobatkan sebagai juara individu, sekali gus membantu sekolahnya muncul juara keseluruhan bersama rakan sepasukan, Iman Lana Muhammad Zamri.
Berkongsi pengalamannya, Auni berkata beliau perlu membahagikan masa antara latihan sukan dan persiapan pertandingan.
“Walaupun saya ada Sukan Sekolah-sekolah Peringkat Kebangsaan (NSG) floorball, saya masih berlatih untuk pertandingan ini dengan berlatih di rumah bersama keluarga,” ujar beliau.
Menurutnya, sokongan daripada keluarga, guru dan rakan-rakan memainkan peranan penting dalam kejayaannya.
“Saya juga dapat sokongan daripada keluarga dan guru-guru sekolah saya, serta kawan-kawan yang rapat dengan saya. Ibu bapa saya menasihatkan supaya suara saya lebih kuat agar mudah didengar, manakala guru-guru pula menggalakkan saya berlatih membaca perkataan yang saya tidak tahu supaya lebih yakin,” tambahnya.
Tempat kedua diraih oleh Nausheen Raihana Muhammad Ridwan dari Sekolah Rendah Lakeside.
Menurutnya, persiapan dilakukan secara konsisten di rumah dan di sekolah.
“Di rumah saya menggunakan aplikasi teleprompter untuk membaca skrip, dan jika ada masa selepas sekolah, saya akan berlatih dengan guru Bahasa Melayu saya,” katanya.
Adlea Haizad dari Sekolah Rendah Rulang pula menduduki tempat ketiga.
“Ibu saya membantu membetulkan kesalahan dalam bacaan saya,” katanya.
Menurutnya lagi, bimbingan guru turut membantu memperbaiki teknik penyampaian.
“Cikgu ajar bagaimana untuk ada jeda dan keyakinan semasa membaca,” ujar beliau.

PERTANDINGAN ASAH BAKAT PENYAMPAIAN BERITA DAN GALAK PENGGUNAAN BAHASA
Acara tersebut turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan Pendidikan merangkap Pembangunan Negara, Dr Syed Harun Alhabsyi, yang menekankan pentingnya usaha berterusan untuk menggalak penggunaan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian.
“Peraduan seperti ini penting kerana ia membawa penggunaan bahasa Melayu ke luar bilik darjah. Dengan cara kreatif, kita dapat memupuk minat anak-anak dan memastikan bahasa ini terus relevan serta berkembang dalam masyarakat kita,” kata beliau.
“Ia bukan sekadar membaca berita, tetapi membina keyakinan diri yang akan mereka bawa dalam apa jua bidang pada masa hadapan,” tambahnya lagi.

Selain itu, antara matlamat penganjuran peraduan tersebut adalah untuk mendedahkan para pelajar kepada sumber berita yang sahih.
“Kami mahu mendedahkan murid kepada sumber berita yang boleh dipercayai, di samping membantu mereka memperbaiki bahasa Melayu lisan dan membina keyakinan diri untuk tampil di hadapan khalayak,” jelas Ketua Editor BERITA Mediacorp Sujadi Siswo.
Tambah Encik Sujadi, pendekatan pembelajaran yang menyeronokkan penting untuk menarik minat pelajar dalam menguasai bahasa Melayu di luar bilik darjah, sekali gus memastikan bahasa itu terus digunakan dan dihargai generasi muda.
Turut berkongsi pandangan ialah Pakar Peneraju Kurikulum Bahasa Melayu Kementerian Pendidikan (MOE) merangkap juri pertandingan, Dr Salha Mohamed Hussain, yang memuji dedikasi para peserta.
“Melalui peraduan ini, saya dapat lihat anak-anak ini telah melakukan yang terbaik. Mereka banyak berusaha dan yang penting, mereka banyak berlatih dengan guru-guru dan ibu bapa juga,” ujar beliau.
Menurut Dr Salha, usaha berterusan itu jelas terpancar dalam persembahan para peserta.
“Peraduan ini membantu meningkatkan sebutan baku dalam kalangan murid serta mengasah intonasi dan kelancaran mereka dalam penyampaian,” tambahnya.

KERJASAMA SEKOLAH RENDAH JURONG DENGAN BERITA MEDIACORP
Pertandingan tahun ini dianjurkan oleh BERITA Mediacorp dengan kerjasama Sekolah Rendah Jurong.
Guru Bahasa Melayu sekolah tersebut, Cikgu Nur Hanisah Sukaman, meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian murid-murid yang terlibat.
“Saya berasa sangat bangga dengan kesemua pencapaian murid-murid. Mereka bukan sahaja dapat menunjukkan keyakinan diri, tetapi juga menonjolkan kemahiran penyampaian yang amat baik,” kata beliau.
Ini merupakan tahun ketiga peraduan Juara Baca BERITA dianjurkan oleh BERITA Mediacorp.
Sebelum ini peraduan tersebut didakan di zon selatan dan timur laut.
Sejak mula diadakan pada 2024, lebih 70 pelajar dari hampir 30 sekolah telah menyertai peraduan itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/ft
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.