Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan runcit S'pura naik 8.7% pada Mac

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 05 May 2022 07:00PM Dikemas Kini : 05 May 2022 08:34PM

SINGAPURA: Penjualan runcit naik 8.7% pada Mac susuli kemerosotan pada Feb.

Penjualan runcit kembali meningkat, naik 8.7 peratus pada bulan Mac berbanding tempoh yang sama setahun lalu.

Menurut Jabatan Perangkaan, prestasi itu sebahagiannya disebabkan oleh pertumbuhan dalam kebanyakan sektor runcit.

Ia menyusuli kemerosotan 3.5 peratus yang dialami pada bulan Februari.

Sektor peralatan komputer dan telekomunikasi mencatatkan pertumbuhan paling ketara sedang pelancaran produk-produk baru membantu meningkatkan penjualan 27.3 peratus dari tahun ke tahun. 

Selain itu, terdapat permintaan tinggi bagi beg, kasut dan produk perubatan. 

Secara keseluruhan, penjualan runcit dianggarkan bernilai S$3.9 bilion, dengan penjualan online juga naik kepada 14.9 peratus. 

Sektor khidmat makanan dan minuman juga mencatatkan penjualan lebih tinggi pada bulan Mac, naik 4.7 peratus dari setahun lalu.

Penyedia khidmat katering makanan menyaksikan kadar penjualan melonjak 50.3 peratus sedang permintaan untuk makanan di dalam penerbangan kembali meningkat.

Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan