Skip to main content

Singapura

Jualan runcit S'pura naik 1.9% pada Nov

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit S'pura naik 1.9% pada Nov

Gambar fail para pembeli belah di luar Pusat Beli Belah Tangs. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

Diterbitkan : 05 Jan 2022 06:25PM Dikemas Kini : 05 Jan 2022 06:26PM

SINGAPURA: Penjualan runcit Singapura meningkat 1.9 peratus pada November berbanding tempoh yang sama tahun lalu, lebih sederhana daripada pertumbuhan 7.5 peratus yang dicatat pada Oktober, menurut data dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura (SingStat) pada Rabu (5 Jan).

Penjualan lebih tinggi pada Oktober sebahagiannyadipacu oleh perusahaan komputer dan telekomunikasi ekoran pelancaran produk baru seperti iPhone 12 Apple yang merangsang penjualan telefon bimbit.

Tidak termasuk kenderaan bermotor, jualan runcit naik 4.1 peratus berbanding 11.5 peratus pada Oktober.

Nilai jualan nak 2.5 peratus pada November berbanding bulan sebelumnya namun kekal di bawah paras sebelum pandemik.

Anggaran nilai jualan runcit mencecah S$3.7 bilion dengan penjualan online dianggarkan membentuk 16.9 peratus, berbanding 15.2 peratus pada Oktober.

Jualan online bulan November yang lebih tinggi itu disebabkan acara beli-belah online akhir tahun seperti Singles' Day (11.11) dan Black Friday, menurut SingStat.

JUALAN RUNCIT IKUT INDUSTRI

Stesen minyak dan perusahaan jam tangan dan barang kemas mencatat pertumbuhan, masing-masing 21.1 peratus dan 15.3 peratus pada bulan November.

Kenaikan ini sebahagian besarnya disebabkan harga petrol yang lebih tinggi dan permintaan bagi jam tangan dan barang kemas.

Penjualan turut meningkat bagi pakaian dan kasut, perabot dan peralatan rumah serta kosmetik, kelengkapan mandi dan barangan perubatan.

Bagaimanapun, penjualan merosot bagi kenderaan bermotor, serta barangan cermin mata dan buku. Masing-masing turun 12.3 peratus dan 11.3 peratus dalam tempoh itu.

Berdasarkan penyesuaian musiman dari bulan ke bulan, penjualan bagi kebanyakan industri meningkat, dengan gedung serbaneka mendahului senarai sebanyak 17.6 peratus.

Barangan berkaitan cermin mata dan dan buku serta perabot dan kelengkapan rumah turut menyaksikan peningkatan dua angka masing-masing sebanyak 16.6 peratus dan 11 peratus.

Sebaliknya, jualan peralatan komputer dan telekomunikasi jatuh 20.1 peratus dalam tempoh yang sama disebabkan jualan yang lebih tinggi pada bulan Oktober.

PERKHIDMAT F&B

Jualan perkhidmatan makanan dan minuman naik 0.6 peratus pada November, selepas turun 4.5 peratus pada bulan sebelumnya.

Penurunan pada bulan Oktober disebabkan sekatan COVID-19 lebih ketat apabila tempat makan hanya membenarkan dua orang sudah divaksin makan di luar berbanding kumpulan lima orang pada Oktober 2020.

Nilai jualan F&B pada November kekal di bawah di bawah paras sebelum pandemik menurut SingStat.

Nilai penjualan F&B dianggarkan S$706 juta dengan jualan online membentuk sekitar 32.8 peratus, lebih rendah daripada 38.4 peratus yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

Jualan katering meningkat 38.9 peratus disebabkan asas yang rendah pada tahun 2020.

Jumlah penjualan bagi kafe, pusat makanan dan tempat makan lain meningkat 3.1 peratus pada November, disebabkan permintaan lebih tinggi bagi khidmat penghantaran makanan, menurut SingStat.

Namun, jualan restoran susut 4.9 peratus disebabkan sekatan makan di luar pada November 2021 berbanding tempoh yang sama pada 2020.

Jualan di kedai makanan segera juga turun 5.2 peratus dalam tempoh yang sama.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita