Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan runcit S'pura naik 11.8% pada Januari, belanja sebelum Tahun Baru Cina lebih tinggi

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Jualan runcit Singapura naik 11.8 peratus pada Januari berbanding tahun lalu. 

Kadar itu juga lebih tinggi dibandingkan pertumbuhan 6.7 peratus pada bulan Disember. 

Pertumbuhan itu disebabkan  perbelanjaan sebelum Tahun Baru Cina lebih tinggi,  menurut data yang dikeluarkan Jabatan Statistik Singapura (SingStat) pada Jumaat (4 Mac). 

Agensi tersebut menarik perhatian bahawa kebanyakan perbelanjaan sebelum Tahun Baru Cina pada 2021 dilakukan pada Februari memandangkan Tahun Baru Cina jatuh pada pertengahan Februari. 

Tidak termasuk kenderaan bermotor, penjualan runcit naik 15.8 peratus berbanding 8.6 peratus pada Disember. 

Penjualan runcit secara keseluruhan dianggarkan bernilai S$4.2 bilion dengan penjualan runcit online membentuk sekitar 12.9 peratus. Ia lebih rendah berbanding 14.4 peratus yang dicatatkan pada Disember, di mana terdapat acara-acara berbelanja online besar-besaran seperti diskaun 12.12. 

Namun, berdasarkan penyesuaian musiman bulanan, jualan runcit jatuh 2.5 peratus berbanding pertumbuhan 1.3 peratus pada Disember. Jualan juga turun sebanyak 2.1 peratus jika kenderaan bermotor tidak diambil kira. 

KENAIKAN PENJUALAN BAGI KEBANYAKAN INDUSTRI RUNCIT

Kebanyakan industri dalam sektor perdagangan runcit mencatat kenaikan pada Januari berbanding setahun lalu. 

Penjualan jam tangan, barang kemas, pakaian, kasut dan gedung membeli-belah naik antara 26.0 dengan 29.0 peratus, disebabkan perbelanjaan sebelum Tahun Baru Cina, menurut SingStat. 

Penjualan di stesen minyak pula mencatatkan pertumbuhan 25.5 peratus, sebahagiannya disebabkan harga minyak yang lebih tinggi. 

Sementara itu, penjualan kenderaan bermotor, barangan optik dan buku masing-masing jatuh 12.0 peratus dan 5.5 peratus pada tempoh tersebut. 

Berdasarkan penyesuaian musiman bulanan, penjualan bagi kebanyakan industri menguncup pada Januari. 

Industri makanan, minuman keras dan kenderaan bermotor masing-masing menyaksikankejatuhan 17.8 dan 5.3 peratus. 

Penjualan di kedai runcit, kedai serba guna, pasar raya, kosmetik, peralatan mandian dan barangan perubatan jatuh antara 3.2 hingga 5.3 peratus. 

Industri barangan rekreasi pula mencatatkan kenaikan 2.9 peratus pada tempoh berkenaan. 

KHIDMAT MAKANAN DAN MINUMAN (F&B)

Penjualan khidmat makanan dan minuman (F&B) naik 9.5 peratus pada Januari, berbanding 7.3 peratus pada Disember. 

Penjualan penyedia makanan naik 47.0 peratus pada Januari berbanding Januari disebabkan aras perbandingan yang rendah pada 2021 apabila permintaan bagi khidmat penyediaan makanan adalah rendah. 

Restoran, cawangan makanan segera, kafe, pusat makan dan tempat-tempat makan lain juga menyaksikan penjualan yang meningkat. 

Penjualan di restoran bagaimanapun jatuh 5.4 peratus pada Januari, berbanding kenaikan 19.3 peratus pada Disember.

Ini disebabkan jumlah yang lebih tinggi pada Disember tahun lalu menyusuli kelonggaran pada sekatan-sekatan untuk makan di luar pada lewat November. 

Penjualan di kafe, pusat makanan dan tempat-tempat makan yang lain juga menguncup. 

Sebaliknya, penjualan bagi penyedia F&B pula naik 2.0 peratus pada tempoh ini. 

Jumlah penjualan khidmat F&B secara keseluruhan pada Januari tahun ini dianggarkan bernilai S$829 juta dengan penjualan online membentuk sekitar 29.1 peratus. Ia naik sedikit daripada 28.6 peratus yang dicatatkan pada Disember 2021. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan