Jualan runcit SG tumbuh lebih perlahan pada Nov 2022
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura mencatat pertumbuhan lebih perlahan pada November.
Ia meningkat 6.2 peratus berbanding setahun lalu dan lebih 10 peratus yang dicatatkan pada Oktober.
Sektor makanan dan minuman keras mencatat lonjakan penjualan tertinggi, sebanyak 57 peratus.
Penjualan pakaian dan kasut turut berkembang 34 peratus.
Namun, penjualan dalam industri kenderaan bermotor merosot lebih 12 peratus.
Para peruncit seperti pasar-pasar raya juga melaporkan jualan yang berkurangan pada November.
Sementara itu, hasil jualan khidmat F&B meningkat 24.7 peratus, berbanding kadar yang rendah ekoran sekatan untuk makan di luar semasa pandemik sebelum ini.
Jualan khidmat katering turut melonjak hampir 140 peratus.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.