Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan runcit SG naik pada kadar lebih perlahan 10.4% pada Okt

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan runcit SG naik pada kadar lebih perlahan 10.4% pada Okt

(Gambar fail: AFP/Roslan Rahman)

SINGAPURA: Penjualan runcit di Singapura meningkat pada Oktober tetapi pada rentak lebih perlahan.

Para pemerhati pasaran menyatakan, para pembeli kurang berbelanja berbanding separuh pertama tahun ini apabila sekatan-sekatan COVID-19 mula dilonggarkan.

Penjualan runcit naik 10.4 peratus berbanding tempoh yang sama setahun lalu, tetapi lebih rendah berbanding kenaikan 11.3 peratus pada September.

Sektor makanan dan minuman keras mencatat pertumbuhan terbesar iaitu naik 61 peratus berbanding setahun lalu.

Industri pakaian dan kasut pula berkembang hampir 53 peratus.

Industri kenderaan bermotor sebaliknya mengalami kemerosotan terbesar.

Penjualan di pasar raya dan kedai serbaneka juga mencatat penurunan.

Sementara itu, khidmat makanan dan minuman menyaksikan penjualan runcit naik hampir 37 peratus berbanding setahun lalu.

Para penyedia khidmat katering pula mencatat pertumbuhan terbesar, lebih 140 peratus.

Para pemerhati menjangkakan penjualan runcit akan kekal kukuh bagi baki tahun ini sebelum reda pada Januari depan, apabila para pelanggan lebih berhemat.
Sumber : CNA/AI/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan