Skip to main content

Singapura

Jualan runcit SG naik 4% kepada S$4.2 bilion pada Jun

Jualan runcit Singapura meningkat 4 peratus pada Jun berbanding tempoh sama setahun lalu, mencecah S$4.2 bilion.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 05 Aug 2026 06:55PM Dikemas Kini : 06 Aug 2026 10:12PM
SINGAPURA: Jualan runcit Singapura meningkat 4 peratus pada Jun berbanding tempoh sama setahun lalu, mencecah S$4.2 bilion.

Berbanding Mei pula, jualan runcit meningkat 2.9 peratus, menurut data Jabatan Perangkaan Singapura (SingStat).

Daripada jumlah keseluruhan jualan runcit pada Jun, sekitar 16.4 peratus merupakan jualan dalam talian.

Angka itu meningkat berbanding 15.3 peratus pada Mei.

Barangan riadah mencatat kenaikan jualan terbesar sebanyak 11.4 peratus berbanding setahun lalu.

Ia disusuli jam dan barang kemas, yang mencatat kenaikan 10.5 peratus.

Jualan peralatan komputer dan telekomunikasi pula meningkat 9.8 peratus.

JUALAN F&B SUSUT

Sebaliknya, jualan perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) merosot 2.3 peratus pada Jun berbanding setahun lalu.

Ini menyusuli pertumbuhan mendatar yang dicatatkan pada Mei.
Sumber : CNA/DY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita