Jualan runcit pada Nov 2024 merosot 0.7%
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jualan runcit di Singapura mencatat kemerosotan luar jangkaan sebanyak 0.7 peratus pada November 2024.
Ini berbanding pertumbuhan 2.4 peratus pada Oktober 2024.
Pakar-pakar ekonomi sektor privet sebenarnya menjangkakan pertumbuhan bagi bulan November.
Prestasi bercampur-campur dicatatkan merentasi pelbagai industri, dengan hanya separuh sektor mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun.
Penjualan peralatan komputer dan telekomunikasi mencatat penurunan terbesar sebanyak 11 peratus.
Sementara itu, peruncit makanan dan alkohol, serta kenderaan bermotor mencatat pertumbuhan lebih 5 peratus berbanding setahun lalu.
Jualan barangan rekreasi juga meningkat sebanyak 2.7 peratus, terutamanya disebabkan oleh permintaan lebih tinggi bagi barangan sukan.
Bagi sektor makanan dan minuman (F&B) pula, semua industri mencatat pertumbuhan penjualan dari tahun ke tahun.
Industri katering makanan berkembang paling banyak, meningkat lebih 19 peratus.
"Pandangan kami ialah kelemahan dalam sektor runcit serta perkhidmatan makanan dan minuman sebenarnya boleh berterusan," kata ahli ekonomi MayBank Securities, Brian Lee.
"Dan memandangkan dinamik yang masih berterusan, dengandolar Singapura yang kukuh dan perjalanan rentas sempadan, terutamanya apabila anda menganggap bahawa perjalanan merentas sempadan mungkin menjadi lebih mudah dengan SEZ Johor-Singapura, ini sebenarnya boleh meningkatkan perjalanan keluar dan perbelanjaan di luar negara. Ini boleh seterusnya memberi tekanan kepada sektor runcit dan F&B di Singapura," tambahnya.

Sumber : CNA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.