Jualan runcit, F&B SG lebih perlahan pada Mac 2023

Orang ramai di Orchard Road pada 5 Januari 2022. (Gambar: CNA/Gaya Chandramohan)
SINGAPURA: Perbelanjaan pengguna di Singapura semakin perlahan iaitu satu petanda bahawa keadaan sudah kembali normal selepas tempoh pembelian yang rancak.
Hasil penjualan makanan dan minuman (F&B) pada bulan Mac adalah lebih rendah berbanding bulan lalu, walaupun ia meningkat 17 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Semua segmen mencatat pertumbuhan.
Penjualan syarikat-syarikat katering khususnya melonjak lebih 80 peratus, dipacu oleh permintaan lebih tinggi bagi acara dan perhimpunan sosial.
Segmen runcit bagaimanapun tumbuh 4.5 peratus berbanding tahun lalu manakala penjualan di stesen-stesen minyak merosot.
Lebih ramai orang juga didapati membeli produk minuman keras, beg dan kasut.
Seorang pakar ekonomi menjangkakan bahawa walaupun ada desas desus mengenai kemelesetan, permintaan tidak akan terjejas sekurang-kurangnya sehingga akhir tahun ini.
"Saya fikir sangat menarik untuk mengambil perhatian bahawa jika kita melihat komponen kecil dalam jualan runcit, kita melihat perbelanjaan mengikut budi bicara seperti jam tangan dan barang kemas semakin meningkat.
"Jadi seolah-olah tidak nampak bahawa ramai orang bimbangkan tentang risiko kemelesetan, walaupun ada perbincangan mengenai kemelesetan. Orang ramai masih sanggup berbelanja sedikit dari segi barangan mewah," kata pakar ekonomi perbankan privet CIMV Song Seng Wun.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.