Jualan rumah privet melonjak pada Nov, tertinggi sejak Mac 2013
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jualan hartanah privet, khususnya kondominium, melonjak naik sepanjang November lalu, mencapai paras tertinggi sejak Mac 2013.
Ia disebabkan permintaan yang tinggi, pandangan pembeli yang lebih baik dan jumlah besar projek yang dialncarkan.
Menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dikeluarkan pada Isnin (16 Dis), 2,557 unit terjual bulan lalu, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC).
Ini jauh lebih tinggi berbanding sekitar 740 unit yang terjual pada bulan Oktober.
Peningkatan sebanyak 250 peratus itu didorong enam projek yang baharu dilancar, termasuk tiga pada hujung minggu yang sama.
Jualan meningkat sebanyak 246.5 peratus bulan ke bulan, daripada 738 unit dijual pada Oktober dan meningkat lebih tiga kali tahun ke tahun, iaitu sebanyak 226.1 peratus daripada 784 unit yang dijual pada November 2023.
Daripada 2,557 unit yang dijual bulan lalu, 98 berada di kawasan utama bandar (CCR), 1,569 di baki kawasan utama bandar (RCR) dan 890 di luar kawasan utama bandar (OCR).

Penganalisis menyifatkan trend tersebut sebagai garisan penamat yang kukuh bagi pasaran hartanah privet di penghujung tahun, selepas berbulan-bulan lesu sebelumnya.
Encik Mohan Sandrasegeran, ketua penyelidikan dan analisis data di Singapore Realtors Inc, berkata bahawa pelancaran tersbeut diselaraskan secara strategik dengan minat pembeli yang semakin meningkat, serta mereka tiadk sabar untuk membeli hartanah sebelum musim cuti akhir tahun.
Projek paling laris tahun ini ialah 'Emerald of Katong', yang mencatat penjualan 840 unit, atau 99.3 peratus, pada hari pertama tempahan dibuka.
Projek-projek baharu lain pada bulan November seperti 'Chuan Park' dan 'Nava Grove' turut mencatat penjualan yang memberangsangkan.
Manakala penjualan EC pula mencatat kadar hampir 60 peratus, menerusi projek Novo Place.
Permintaan cukup sihat itu dijangka berterusan sehingga tahun hadapan, di mana lebih banyak projek bakal dilancarkan.
Ini disebut-sebut mungkin mendorong harga rumah privet untuk meningkat sekitar 5 peratus.
Namun, unjuran tersebut bergantung kepada dasar-dasar pentadbiran Presiden terpilih DonaldTrump yang bermula pada Januari depan.
"Saya jangkakan permintaan untuk rumah privet, terutama permintaan domestik, akan kekal stabil tahun hadapan. Berkaitan permintaan dari luar, faktor geopolitik luaran mungkin memainkan peranan," kata Profesor Madya Lee Kwan Ok, Kursi Dekan Jabatan Hartanah di Universiti Nasional Singapura (NUS).
"Selepas pilihan raya Amerika Syarikat dan kemungkinan berakhirnya perang, ketidaktentuan politik global dan ekonomi yang tidak stabil mungkin berkurangan. Ini boleh menjejas aliran modal ke dalam pasaran hartanah Singapura," tambahnya.

Sumber : CNA/IQ/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.