Jualan rumah privet jatuh 58% pada April
Sebanyak 310 rumah privet dijual pada April 2024 iaitu merosot sebanyak 58.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar fail TODAY.
SINGAPURA: Sebanyak 310 rumah privet dijual pada April 2024 iaitu merosot sebanyak 58.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Jumlah itu juga merosot 66.2 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Seorang penganalisis berkata ia mungkin kerana kurang unit rumah privet dilancarkan pada bulan lalu.
"Saya fikir memandang ke hadapan, harga rumah privet baharu akan terus meningkat.
"Dalam pasaran jualan semula, ia seperti 'touch and go' kerana pada satu sisi, harga rumah privet jualan semula cuba capai harga rumah baharu, tetapi pada satu sisi lagi, ekonomi yang kurang rancak mungkin bermakna tidak begitu ramai pembeli berminat untuk melanggani pasaran jualan semula rumah privet kerana anda perlu membuat bayaran pendahuluan," kata Pengarah Eksekutif, Perundingan Penyelidikan di Savills, Alan Cheong.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.