Skip to main content

Singapura

Jualan rumah privet baru rancak semula, naik 3.5% pada Januari

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru di Singapura meningkat sebanyak 3.5 peratus pada Januari, bangkit semula daripada penurunan mendadak pada bulan sebelumnya.

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), pemaju menjual 673 unit pada bulan lepas, naik daripada 650 pada Disember 2021, menurut data yang dikeluarkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa (15 Feb).

Penjualan rumah privet baru pada Disember tahun lalu jatuh mendadak berikutan langkah meredakan pasaran serta  prestasi lemah hujung tahun. 

289 daripada 673 unit yang dijual pada Januari tahun ini terletak di Baki Kawasan Tengah (RCR), 275 di Luar Kawaan Tengah (OCR) dan 109 di Kawasan Tengah Bandar (CCR).

Jualan rumah baru termasuk EC meningkat 0.8 peratus kepada 725 unit pada Januari, berbanding 719 unit pada bulan sebelumnya, kata Cik Christine Sun, naib presiden kanan penyelidikan dan analisis di OrangeTee & Tie.

Jumlah jualan yang tinggi pada Januari 2021 adalah satu keadaan luar biasa, tambahnya.

Menurutnya dari 2014 hingga 2020, jumlah jualan rumah baru tidak termasuk EC bagi bulan Januari adalah antara 324 dan 620 unit.

KEBANYAKAN PEMBELI KALI PERTAMA

Pemaju melancarkan sebanyak 178 unit pada Januari - merosot 53.5 peratus daripada 383 unit yang dilancarkan pada Disember 2021.

Sebanyak 127 unit dilancarkan dalam OCR, diikuti dengan 29 dalam RCR dan 22 unit dalam CCR.

Hanya terdapat dua pelancaran pada Januari – Belgravia Ace dan Ikigai, kata pengarah kanan penyelidikan Huttons Asia, Lee Sze Teck.

Menurutnya  77 unit dalam projek hartanah Belgravia Ace dijual pada harga purata S$4.4 juta.

Bilangan unit yang dilancarkan pada Januari adalah yang terendah sejak Februari 2021, tambah beliau sambil berkata ia merupakan pelancaran Januari pling sedikit sejak 2017.

"Kebanyakanny aadalah pembeli kali pertama dan tidak terjejas oleh langkah meredakan pasaran," kata Encik Lee.

Sumber : CNA/SU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita