Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan rumah privet baru naik seganda pada Sep, tertinggi sejak Mei

Anggaran Waktu Membaca:
Jualan rumah privet baru naik seganda pada Sep, tertinggi sejak Mei

Gambar: Frasers Property, Guocoland

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru di Singapura meningkat lebih seganda pada bulan September berbanding sebulan sebelum itu, dipacu oleh pelancaran Lentor Modern dan Sky Eden@Bedok.

Tidak termasuk kondominium eksekutif, para pemaju berhasil menjual sebanyak 987 unit pada bulan lalu berbanding 438 unit pada Ogos.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), perangkaan yang dikeluarkan itu merupakan jumlah jualan tertinggi sejak Mei, dengan 1,355 unit berjaya dijual tidak termasuk kondominium eksekutif.

Berdasarkan perbandingan dari tahun ke tahun pula, penjualan rumah privet meningkat 18.3 peratus pada bulan September berbanding 834 unit pada bulan yang sama tahun lalu.

Cik Christine Sun, naib presiden kanan penyelidikan dan analisis di Orange Tee and Tie berkata: "Jualan rumah baru pada bulan September meningkat ke tahap kedua tertinggi tahun ini berikutan permintaan terpendam untuk rumah di pinggir bandar."

Penjualan pada bulan September dipacu oleh pelancaran dua projek rumah privet iaitu Lentor Modern, yang berhasil menjual sebanyak 512 unit dan Sky Eden@Bedok, yang menjual sebanyak 121 unit.

 
Sumber : CNA/AW/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan