Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan rumah privet baru merosot 68.4% pada Okt

Anggaran Waktu Membaca:
 Jualan rumah privet baru merosot 68.4% pada Okt

Rumah Privet di Singapura. (Gambar: iStock/tobiasjo)

SINGAPURA: Jualan rumah privet baru merosot 68.4 peratus pada Oktober ke paras terendah dalam lebih dua tahun disebabkan kurangnya pelancaran utama.

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), syarikat pemaju projek menjual 312 unit bulan lalu, turun daripada 987 unit yang dijual pada September.

Demikian menurut angka yang dikeluarkan pada Selasa (15 Nov) oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).

Ini merupakan jumlah jualan paling rendah sejak April 2022 ketika langkah "pemutus rantaian jangkitan" COVID-19 dilaksanakan.

Sebanyak 277 unit dijual pada bulan itu.

Pemerintah memperkenalkan langkah-langkah melegakan pasaran hartanah pada 30 September untuk cuba mengehadkan permintaan di tengah-tengah kenaikan harga rumah.

Encik Lam Chern Woon, ketua penyelidikan dan perundingan di Edmund Tie, berkata jumlah jualan yang rendah berkemungkinan disebabkan oleh kurangnya pelancaran projek utama baru pada Oktober selepas langkah-langkah mlegakan pasaran hartanah.

Sebanyak 102 unit dilancarkan pada Oktober berbanding 913 unit pada bulan sebelumnya.

Encik Lee Sze Teck, pengarah kanan penyelidikan Huttons Asia, berkata bekalan tidak terjual yang "sangat rendah" dalam pasaran dan kurangnya pelancaran utama bulan lalu adalah dua sebab utama jualan yang rendah.

Kebanyakan unit yang dijual pada Oktober adalah di kawasan tengah bandar (CCR), di mana 171 unit dijual. Sebanyak 81 unit dijual di kawasan sekeliling tengah bandar (RCR) manakala 60 unit dijual di pinggir tengah bandar (OCR).

Encik Lee berkata mungkin tidak ada pelancaran utama pada November dan Disember.

Beliau menjangkakan penjualan pada November dan Disember adalah serupa dengan Oktober.

Encik Lam berkata langkah melegakan pasaran hartanah, pertumbuhan harga keseluruhan dijangka kekal positif tetapi sederhana.

"Kami menjangkakan pertumbuhan sembilan peratus untuk seluruh tahun ini berbanding dengan 10.6 tahun lalu," tambah beliau.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan