Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan rumah privet baru jatuh 64% pada Jun

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 15 Jul 2022 06:15PM Dikemas Kini : 15 Jul 2022 08:58PM

SINGAPURA: Penjualan rumah privet baru di Singapura menjunam 64 peratus pada Jun berbanding Mei, dengan sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan pelancaran rumah baru. 

Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), para pemaju hartanah menjual sebanyak 488 unit pada Jun berbanding 1,355 unit yang terjual pada Mei, menurut data Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang dikeluarkan pada Jumaat (15 Jul). 

Ini adalah jumlah jualan terendah sejak Mei 2020 apabila para pemaju hartanah menjual sebanyak 487 unit ketika itu, kata Cik Christine Sun, Naib Presiden Kanan Penyelidikan dan Analitik di OrangeTee & Tie. 

Ketika itu, Singapura sedang menguatkuasakan tempoh "pemutus rantaian jangkitan" COVID-19. 

Termasuk EC, jumlah unit yang dijual pada Jun merosot 63.9 peratus berbanding Mei. 

Jika dibandingkan dari tahun ke tahun, penjualan unit baru, tidak termasuk EC, merosot sebanyak 44 peratus daripada 872 unit yang dijual pada Jun 2021. 

Kawasan Daerah Utama (CCR) mendahului penjualan rumah baru dengan sebanyak 206 unit terjual, disusuli oleh Baki Kawasan Daerah Utama (RCR) dengan 171 unit dan Luar Kawasan Daerah Utama (OCR) dengan 111 unit. 

Menurut para penganalisis, jumlah penjualan yang lebih rendah itu sudah dijangkakan memandangkan tiada projek baru dilancarkan pada Jun. 

"Pasaran hambar bagi rumah privet baru pada Jun 2022 sudah dijangkakan kerana ia jatuh pada musim cuti sekolah dan tidak munasabah untuk melancarkan projek-projek baru," kata Pengarah Kanan Kajian dan Runding Cara JLL Encik Ong Teck Hui. 

Selain musim cuti sekolah pada Jun, Cik Sun turut mendedahkan bahawa sesetengah pembeli mungkin menahan diri disebabkan oleh kadar faedah yang meningkat dan ketidaktentuan pada ekonomi sejagat. 

Pada masa akan datang, penjualan unit baru dijangka meningkat pada Julai dipacu oleh pelancaran projek di kawasan pinggir bandar seperti AMO Residence di Ang Mo Kio Avenue 1 (372 unit) dan Lentor Modern di Lentor Central (605 unit), kata Ketua Penyelidikan Asia Tenggara CBRE, Cik Tricia Song. 

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan