Jualan rumah privet baharu pada Jul melonjak ke paras tertinggi sejak Nov 2021
Anggaran Waktu Membaca:
Perumahan privet dan EC di Singapura. (Gambar fail: Reuters)
SINGAPURA: Penjualan rumah privet baharu di Singapura melonjak pada bulan Julai, sekali gus mencecah paras tertinggi sejak November 2021, menurut perangkaan yang diterbitkan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Selasa (15 Ogos).
Tidak termasuk kondominium eksekutif (EC), sebanyak 1,412 unit yang dijual adalah satu lonjakan besar, berbanding 278 unit yang dijual pada bulan Jun.
Perangkaan itu juga 68.9 peratus lebih tinggi berbanding 836 unit yang dijual pada bulan yang sama tahun lalu.
Menurut para penganalisis, kenaikan itu dipacu oleh pelancaran empat projek besar selepas musim cuti sekolah bulan Jun: Grand Dunman, Lentor Hills Residences, Pinetree Hill dan The Myst.
"Empat pelancaran projek besar di kawasan-kawasan tanpa halaman pada bulan Julai itu membentuk 82.1 peratus daripada penjualan keseluruhan bagi bulan tersebut," menurut pengarah kanan Huttons Asia Lee Sze Teck.
Sebanyak 2,156 unit dilancarkan pada bulan Julai, iaitu yang tertinggi sejak Januari 2021, dengan 2,600 unit dilancarkan ketika itu.
Naib Presiden Kanan OrangeTee and Tie, Cik Christine Sun berkata: "Penjualan rumah baharu biasanya ada naik turunnya bergantung kepada jumlah projek baharu yang dilancarkan dalam tempoh sebulan."
Para penganalisis menambah, bulan hantu, yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 14 September, juga memainkan peranan dalam penjualan bulan Julai.
Cik Sun berkata para pemaju melancarkan projek penjualan itu jauh lebih awal daripada bulan hantu, memandangkan sebilangan pembeli menyifatkan bulan itu sebagai "tempoh yang tidak membawa tuah untuk membeli barangan bernilai tinggi".
"TERLALU BANYAK PILIHAN"
Para penganalisis meramalkan penjualan akan kekal berdaya tahan kerana lebih banyak projek dijadual akan dilancarkan.
Dengan pelbagai pilihan projek di pasaran, serta lebih banyak pelancaran yang bakal dijalankan, Pegawai Eksekutif Utama ERA Realty Network Eugene Lim berkata pembeli rumah dan pelabur kini mempunyai "terlalu banyak pilihan".
Bagaimanapun, Cik Sun berkata penjualan pada bulan Ogos berkemungkinan besar tidak akan mengatasi penjualan pada bulan Julai.
Ini disebabkan kurangnya "pelancaran projek mega baharu dengan lebih 1,000 unit".
Encik Lee berkata bagi tempoh antara Januari hingga Ogos, penjualan pemaju dengan jumlah melebihi 5,000 unit turut dijangkakan.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.