Jualan rumah privet baharu merosot pada Okt, pembeli nantikan pelancaran 'projek besar' pada Nov
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: iStock)
SINGAPURA: Penjualan rumah privet baharu di Singapura merosot buat bulan ketiga berturut-turut pada Oktober disebabkan tiada sebarang pelancaran hartanah baharu.
Data yang dikeluarkan oleh
Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) pada Rabu (15 Nov) menunjukkan syarikat pemaju menjual 203 unit pada bulan lalu, tidak termasuk kondominium eksekutif (EV), sekali gus 6.5 peratus lebih rendah berbanding 217 unit yang dijual pada September, dan kejatuhan 35.4 peratus daripada Oktober tahun lalu.
"Penjualan agak perlahan pada Oktober disebabkan tiada pelancaran besar, dan pembeli sedang menunggu pelancaran projek besar pada November," kata pengarah kanan Huttons Asia Lee Sze Teck, merujuk kepada pelancaran Hillock Green di Lentor dan J’den di Jurong East yang dinanti-nantikan.
87.5 peratus daripada 368 unit di J'den, projek kediaman privet pertama yang dilancarkan di Jurong East dalam sedekad, sudah berjaya dijual pada hari pertama tawarannya pada hujung minggu lalu, menurut CEO ERA Singapura Marcus Chu.
Syarikat tersebut merupakan salah satu ejen pemasaran bagi projek itu.
Harga bagi J'den, yang terletak di tapak bekas pusat beli belah JCube, bermula dari S$2,100 bagi setiap kaki persegi, kata CapitaLand, pemaju projek tersebut.
Encik Lee dari Huttons berkata purata harga jualan bagi unit di J'den ialah S$2,451 setiap kaki persegi pada hari pelancarannya.
Lebih 130 unit Hillock Green pula dijual pada hari pelancarannya.
Menurut Timbalan CEO OrangeTee & Tie Justin Quek projek itu satu "pilihan baik dalam kemampuan" pembeli yang ingin memanfaatkan lokasi yang dekat dengan stesen MRT Lentor dan pusat beli belah Lentor Modern.
RAMALAN BAGI BAKI 2023
Encik Lee berkata, jumlah unit yang dijual pada November mungkin berada dalam lingkungan 700 hingga 800 unit, sementara jualan pada Disember mungkin lebih perlahan dengan kurang 200 unit dijangka terjual.
Berdasarkan penjualan J'den yang memberangsangkan, Encik Quek dari OrangTee & Tie menjangkakan 6,000 hingga 7,100 rumah baharu dijual tahun ini, berbanding 7,099 pada 2022.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.