Jualan Raksasa Singapura tidak dibatal, penganjur lama akan 'hanya jadi rakan penyelaras'
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Persatuan Peruncit Singapura (SRA) tidak akan membatalkan Jualan Raksasa Singapura (GSS), yang sudah dianjurkan sejak hampir 30 tahun lalu.
Namun pada masa depan, badan perdagangan itu akan bertindak hanya sebagai "rakan penyelaras", kata Presiden SRA Ernie Koh.
Semasa taklimat media pada Isnin (18 Sep), Encik Koh berkata bahawa SRA sebelum ini telah menganjurkan GSS "secara meluas", dengan kegiatan-kegiatan seperti peragaan fesyen Orchard Road.
Namun mulai 2024, persatuan itu "akan mengumumkan tarikh tersebut dan hanya menjadi rakan penyelaras", katanya.
"Sesiapa sahaja sebagai peruncit yang mahu sertai bersama-sama, kami hanya menyelaraskan (untuk mereka). Tidak akan ada aktiviti untuk kami sebagai persatuan runcit bagi Jualan Raksasa Singapura."
Berhubung peranan sebagai penyelaras, Encik Koh berkata ia bermakna bahawa SRA tidak boleh "melabur" ke dalam GSS dari segi kempen pemasaran, tetapi ia masih akan mengalu-alukan penaja untuk mengambil bahagian dan "melakukan sedikit (usaha melalui) media sosial" bagi acara berkenaan.
TIDAK BATALKAN GSS
Kemungkinan GSS dikembalikan tahun ini mencetuskan tanda tanya, memandangkan jualan tahunan extravaganza itu tidak disenaraikan dalam kalendar acara SRA bagi 2023.
Sejak ia dilancarkan pada 1994 sebagai acara yang berlangsung selama sebulan, GSS telah menjadi acara yang dinanti-nantikan ramai. Ia bagaimanapun semakin kurang mendapat perhatian sejak awal 2010-an selepas e-dagang mula membawa perubahan besar kepada landskap runcit.
Sewaktu pandemik, GSS menerapkan elemen penstriman langsung, bilik pameran online dan kerjasama bersama platform beli-belah online, Lazada.
Edisi tahun lalu pula dijalankan secara hibrid di mana jualan murah ditawarkan di wadah online mahupun di kedai-kedai.
Pada Isnin, Encik Koh mengesahkan bahawa SRA "tidak mengumumkan" mengenai GSS bagi 2023, meskipun ia diadakan dari Jun hingga September.
Encik Koh juga berkata SRA tidak mengumumkan GSS tahun ini kerana ia terlibat dalam inisiatif lain yang dikenali sebagai Festival Wunderground, yang melibatkan kerjasama antara pelbagai syarikat.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.