Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan Raksasa S'pura beralih online tahun ini dengan pengalaman beli-belah 'norma baru'

Jualan Raksasa Singapura (GSS) bakal beralih ke dalam talian tahun ini dengan tawaran online, bengkel maya serta penstriman langsung aktiviti dan teknologi seperti realiti maya buat para pembeli untuk mewujudkan satu pengalaman membeli-belah "norma baru" di tengah-tengah pandemik COVID-19. 

Anggaran Waktu Membaca:
01:10 Min
Jualan Raksasa Singapura (GSS) bakal beralih ke dalam talian tahun ini dengan tawaran online, bengkel maya serta penstriman langsung aktiviti dan teknologi seperti realiti maya buat para pembeli untuk mewujudkan satu pengalaman membeli-belah "norma baru" di tengah-tengah pandemik COVID-19. 
Diterbitkan : 23 Jul 2020 02:50PM Dikemas Kini : 24 Jul 2020 12:17AM

SINGAPURA: Jualan Raksasa Singapura (GSS) bakal beralih ke dalam talian tahun ini dengan tawaran online, bengkel maya serta penstriman langsung aktiviti dan teknologi seperti realiti maya buat para pembeli untuk mewujudkan satu pengalaman membeli-belah "norma baru" di tengah-tengah pandemik COVID-19.

Jualan raksasa tahunun itu, yang dipanggil “eGSS: Shop. Win. Experience” tahun ini, dijadual berlangsung dari 9 Sep hingga 10 Okt, menurut penganjurnya pada Khamis (23 Jul).

Ia adalah sebahagian daripada kempen pemasaran bernilai S$45 juta oleh Lembaga Pelancongan Singapura (STB) untuk menggalak warga tempatan bercuti dalam negara. GSS dibawakan selepas beberapa bulan industri runcit bergelut dengan penularan COVID-19 dan menjadi antara yang paling teruk terjejas.

“Haluan strategik eGSS 2020 tahun ini mengambil kira keadaan operasi industri runcit," kata Presiden Persatuan Peruncit Singapura (SRA) R Dhinakaran dalam satu kenyataan media.

Aplikasi GoSpree sedia ada oleh SRA akan dirombak untuk berfungsi di kedua-dua desktop dan telefon bimbit. Ia akan "membentuk tulang belakang di mana para peruncit boleh memanfaatkannya pada wadah pemasaran bersepadu agnostik buat peruncit, pengendali F&B, pengusaha hotel dan pengendali daya tarikan", kata Pengarah Eksekutif SRA, Rose Tong, semasa taklimat media online.

SRA menganjurkan GSS tahun ini dengan kolaborasi bersama Majlis Industri Perabout Singapura (SFIC), Persekutuan Tekstil & Fesyen (TaFF) serta Persatuan Daya Tarikan Singapura (ASA).

Persatuan perniagaan itu menyatakan pada Mei bahawa ia tidak akan menganjurkan GSS tahun ini disebabkan pandemik COVID-19. Apabila ditanya mengapa SRA berpaling arah, Cik Tong berkata ia kerana "permintaan popular" daripada para peruncit.

Inisiatif-inisiatif seperti pakej rangsangan e-dagang oleh Enterprise Singapore juga menghulurkan bantuan kepada para peruncit untuk beralih online.

Ketika ditanya sama ada terdapat keprihatinan mengenai menganjurkan acara jualan di tengah-tengah iklim ekonomi yang suram, Presiden TaFF Wilson Teo berkata orang ramai masih mahu berbelanja dan ia terpulang kepada peruncit untuk membuat pengguna "teruja".

TAWARAN ONLINE, PERMAINAN, PENSTRIMAN 'LIVE'

Antara sorotan utama GSS online ini termasuk tawaran harian yang terhad bagi kesemua kategori berbeza seperti runcit, F&B, daya tarikan serta hotel.

Pembeli juga boleh mengambil bahagian dalam permainan interaktif di GoSpree dan memenangi hadiah, yang pihak penganjur berharap akan menarik pelanggan kembali semula ke kedai-kedai fizikal.

Acara jualan itu juga akan memanfaatkan teknologi seperti realiti maya dan realiti tambahan untuk memberikan pembeli "pengalaman imersif" ketika meninjau-ninjau produk secara online.

Misalnya, SFIC akan mempunyai sebuah pusat beli-belah perabot kecil secara digital yang menerapkan unsur-unsur pengalaman dipanggil 'Furniture Centrum'. Ini akan membolehkan para pembeli untuk membuat pembelian dan mendapat promosi khas ketika berinteraksi dengan jenama-jenama melalui permainan serta penstriman langsung, kata Presidennya, Encik Mark Yong.

Terdapat juga bengkel maya buat pembeli serta penstriman langsung di Facebook, yang dikendalikan oleh pempengaruh terkenal, bagi pelbagai jenama serta khidmat. Sesi penstriman langsung itu akan diadakan selama dua jam pada sebelah malam setiap Rabu dengan produk-produk terhad dijual pada harga promosi bagi membangkitkan rasa ingin membeli, kata Cik Tong.

ASA menyertai acara jualan runcit itu buat kali pertama, kata Pengerusi Kevin Cheong, yang berharap ini akan "mengingatkan rakyat Singapura bahawa ada daya tarikan" di negara sendiri.

Barisan anggota AS akan menawarkan pelbagai promosi, dari pas keluarga hinggalah tawaran dengan tempoh pengesahan lebih lama, serta berhubung dengan para pelanggan melalui kandungan online menerusi wadah GoSpree.

GSS kali ini juga bertujuan mendorong lebih banyak perniagaan untuk mendakapi pendigitalan.  

Sumber : CNA/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa