Jualan penjaja One Punggol merosot sejak Punggol Coast dibuka, harap pengendali baharu mampu tarik orang ramai
Sebilangan penjaja di Pusat Penjaja One Punggol berharap pengendali baharunya dapat menangani kemerosotan perniagaan susulan kemunculan pesaing baharu di kawasan kejiranan itu.
Anggaran Waktu Membaca:
- Para penjaja di One Punggol memberitahu Mediacorp pada Selasa (30 Dis) bahawa jualan mereka terjejas sejak pendatang baharu, Pusat Penjaja Punggol Coast, dibuka awal tahun ini.
- Para penjaja itu bercakap kepada Mediacorp selepas Timbre Group, pengendali Pusat Penjaja One Punggol, mengumumkan bahawa ia akan menamatkan tempoh sewanya setahun lebih awal daripada jadual.
- Cik Lim berkata sepanjang tahun lalu, Cik Lim membayar antara S$2,100 hingga S$2,200 sebulan bagi pembersihan meja dan cuci pinggan.
- Beliau dan semua pemilik gerai yang ditemui Mediacorp berkata mereka akan kekal di One Punggol walaupun selepas pengendalinya ditukar.
SINGAPURA: Sebilangan penjaja di Pusat Penjaja One Punggol berharap pengendali baharunya dapat menangani kemerosotan perniagaan susulan kemunculan pesaing baharu di kawasan kejiranan itu.
Para penjaja di One Punggol memberitahu Mediacorp pada Selasa (30 Dis) bahawa jualan mereka terjejas sejak pendatang baharu, Pusat Penjaja Punggol Coast, dibuka awal tahun ini. Ada gerai yang melaporkan kemerosotan sehingga 30 peratus.
Penjual mi, Teh Cher Ming, 58 tahun, yang menganggarkan bahawa jualannya merosot antara 20 hingga 30 peratus, berkata beliau tidak mempunyai sebarang rungutan mengenai cara pusat penjaja itu diuruskan.
Namun, beliau berkata One Punggol tidak mempunyai kemudahan dan kedai yang mencukupi, seperti sebuah pasar raya, untuk menarik orang ramai yang kemudian mungkin memilih untuk makan di pusat penjaja yang terletak di tingkat dua itu.
Beliau merupakan antara penjaja yang menyuarakan harapan agar pengendali yang mengambil alih kelak tidak menaikkan sewa dan akan melakukan lebih banyak usaha bagi menarik pelanggan.
Apabila Mediacorp mengunjungi One Punggol pada waktu makan tengah hari pada Selasa, terdapat jumlah pengunjung agak memberangsangkan, termasuk keluarga dan pekerja pejabat.
Sembilan gerai didapati ditutup, tetapi seorang penjaja yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Lim berkata ia adalah perkara biasa di mana lebih banyak gerai tidak dibuka semasa cuti sekolah kerana menjangkakan tidak ramai pengunjung akan datang.
Satu cadangan yang dikemukakan Cik Lim ialah agar pengendali baharu menggalakkan lebih banyak gerai untuk kekal dibuka sehingga lewat malam bagi menarik pelanggan untuk makan malam di pusat penjaja itu.
Gerai miliknya kekal dibuka selepas waktu makan malam. Beliau berkata cadangan itu sudah disampaikannya kepada Timbre. Namun, ia tidak dilaksanakan.
“Maklum balas yang kami terima dari pelanggan ialah, mereka kata tiada apa untuk dimakan di sini kerana semua gerai ditutup (pada waktu malam).”
Beliau juga berharap pengendali baharu akan membenarkan penggunaan lif kedua di bangunan itu yang kini tidak berhenti di tingkat dua, aras di mana terletaknya pusat penjaja berkenaan.
Seorang lagi penjaja, Cik Lim, juga mengatakan pusat penjaja itu bagai “bandar hantu” pada waktu malam, sambil menambah bahawa beliau mengalu-alukan pertukaran pengendali.
“Sebuah pengurusan sepatutnya membantu gerai penjaja menjalankan perniagaan dengan lebih lancar, bantu pusat penjaja membina kawasan yang lebih meriah untuk semua. Tetapi di sini, tidak ada,” kata beliau.
Para penjaja itu bercakap kepada Mediacorp selepas Timbre Group, pengendali Pusat Penjaja One Punggol, mengumumkan bahawa ia akan menamatkan tempoh sewanya setahun lebih awal daripada jadual.
Para penjaja berkata Timbre tidak memberikan sebarang alasan bagi keputusannya dalam satu mesyuarat yang diadakan pengendali itu pada Isnin untuk memaklumkan para penjaja.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), memaklumkan pada Isnin bahawa Timbre menyatakan tempoh sewanya “menimbulkan cabaran” bagi operasi.
Mediacorp sudah menghubungi Timbre untuk mendapatkan sebab berhubung penamatan awal tempoh sewanya, cabaran yang dihadapi serta maklum balas terhadap kebimbangan yang dibangkitkan para penjaja.
Pusat Penjaja One Punggol, yang terletak di hab masyarakat One Punggol Persatuan Rakyat, dibuka pada 2022 dengan 34 gerai. Ia dihubungkan dengan stesen LRT Sam Kee dan terletak beberapa minit dari stesen MRT Punggol.
Timbre mengendalikan pusat penjaja itu sejak pembukaannya. Tempoh sewaan keduanya bermula pada 2024 dan sepatutnya berakhir pada 14 Ogos 2027, tetapi kini ia akan berakhir pada 14 Ogos 2026.
Pusat Penjaja Punggol Coast dibuka pada Julai 2025 dengan 40 gerai dan dikendalikan oleh Kopitiam, sebahagian daripada FairPrice Group.
Ia terletak bersebelahan stesen MRT Punggol Coast dan berada di dalam Daerah Digital Punggol - sebuah taman perniagaan yang dibangunkan oleh JTC, yang turut menempatkan Institut Teknologi Singapura.
Kedua-dua pusat penjaja itu terletak kira-kira 700 meter antara satu sama lain, dan stesen MRT Punggol Coast terletak satu hentian dari stesen MRT Punggol.
Kedua-duanya beroperasi di bawah model pusat penjaja perusahaan sosial (SEHC), di mana pengendalinya merupakan syarikat swasta yang berusaha untuk mengimbangi kepentingan para peniaga dan pelanggan.
Beberapa bulan lalu, Timbre dikritik berhubung pengurusan satu lagi SEHC, Pusat Penjaja Yishun Park, melibatkan beberapa isu termasuk sewa gerai, penggunaan kamera litar tertutup dan dendanya.

KRITIKAN BERHUBUNG KENAIKAN KOS
Seorang lagi penjaja menganggarkan jualan merosot sekitar 10 peratus selepas pembukaan Punggol Coast.
Menurutnya, apabila beliau mencadangkan agar Timbre meningkatkan pemasaran untuk One Punggol, beliau ditanya akan jenis pemasaran yang ingin dilihat.
“Jika kami tahu apa yang perlu dibuat, kami sudah melakukannya sendiri,” kata penjaja itu, yang enggan dinamakan kerana menurutnya penjaja sudah diberitahu supaya tidak bercakap kepada media.
Beliau juga mengkritik kos lebih tinggi yang dikenakan oleh Timbre apabila para penjaja memperbaharui lesen mereka pada 2024, sambil berkata bahawa mereka “tidak ada pilihan” selain membayar kos tersebut.
Kenaikan kos itu dinyatakan dalam sepucuk surat daripada Timbre kepada penjaja berkenaan dengan tarikh 13 Ogos 2024, yang dilihat oleh Mediacorp.
Dalam surat itu, Timbre menyatakan bahawa kenaikan tersebut mencerminkan keadaan pasaran semasa dan bahawa ia masih menampung “kos keseluruhan di peringkat pusat”.
“Kami sedar akan kesan-kesan berpotensi ke atas para penjaja dan oleh itu melaksanakan kenaikan ini dalam dua fasa bagi membantu mengurangkan kesannya,” menurut Timbre.
Ia juga mengekalkan hak untuk tidak memperbaharui lesen penjaja yang mempunyai tunggakan kos yang tidak dijelaskan sebelum 14 Ogos 2024.
Dalam fasa pertama dari 15 Ogos 2024 hingga 14 Ogos 2025, yuran tidak berubah meningkat sebanyak S$480 sebulan dari tempoh awal, bermula pada 1 November 2022.
Sewa meningkat daripada S$1,620 kepada S$1,800, Bayaran Perkhidmatan dan Penyenggaraan (S&CC) naik daripada S$150 kepada S$250, manakala yuran pembersihan meja melonjak daripada S$500 kepada S$700.
Yuran berubah-ubah juga meningkat. Yuran cuci pinggan pada awalnya berharga 12 sen seunit, dihadkan pada S$1,000. Ia meningkat kepada 20 sen seunit, dihadkan pada S$2,000.
Penggunaan kipas ekzos dapur pada awalnya percuma, tetapi yuran bulanan yang dihadkan pada S$150 kemudian diperkenalkan bersama pembaharuan lesen.
Dalam fasa kedua dari 15 Ogos 2025 hingga 14 Ogos 2027, hanya bayaran S&CC yang dinaikkan sebanyak S$100 kepada S$350.
Cik Lim berkata sepanjang tahun lalu, beliau membayar antara S$2,100 hingga S$2,200 sebulan bagi pembersihan meja dan cuci pinggan.
Pada 2023, sewa gerai bulanan median di SEHC ialah S$1,700. Sewa median bagi semua gerai makanan yang dimasak tanpa subsidi di pusat penjaja yang diuruskan NEA adalah sekitar S$1,250 antara 2015 dan 2023.
Cik Lim menyifatkan sewa bulanannya sekitar S$2,000 sebagai “kadar yang sangat baik”, dengan syarat pengurusan pusat penjaja menyokong keperluan gerai.
“Saya berharap pengurusan yang lebih baik akan tampil untuk membantu kami menyelesaikan masalah (yang) kami hadapi,” kata beliau.
HARAPAN BUAT PENGENDALI BAHARU
Pemilik gerai menjual makanan vegetarian, Canny Chan, dalam lingkungan usia 50-an, menyifatkan Timbre sebagai pengendali yang “bertanggungjawab” dan beliau tidak menghadapi masalah dengannya. Namun, beliau turut merasakan tekanan daripada yuran lebih tinggi yang dikenakan.
Beliau berkata tugas membuang sampah di tingkat bawah tanah memenatkan secara fizikal, sambil menyatakan ramai pekerja mereka sudah lanjut usia.
Seorang lagi peniaga, Cik Chan, turut berharap pengendali baharu dapat memperbaiki sistem pengudaraan. Beliau berkata sistem di Pusat Penjaja One Punggol kurang baik berbanding Pusat Penjaja Punggol Coast dan para pelanggan sebelum ini pernah mengadu kepanasan.
Beliau dan semua pemilik gerai yang ditemui Mediacorp berkata mereka akan kekal di One Punggol walaupun selepas pengendalinya ditukar.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.