Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Jualan barangan cenderamata Piala Dunia gamit kenangan

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Perlawanan di padang bola Qatar kian rancak untuk menentukan 16 pasukan yang akan mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia 2022.

Begitu juga dengan kegiatan jual beli cenderahati dan barangan sukan online yang turut rancak, dengan para peminat temasya bola sepak berprestiij itu mengambil peluang untuk memasarkan barang koleksi Piala Dunia mereka.

Ia termasuk bola sepak, jersi, skaf serta hiasan sukan lain.

Tinjauan kami di di aplikasi jual beli barang bekas Carousell, dari Singapura, turut menunjukkan tawaran rantai kunci atau 'key chain' dan gelas bertemakan Piala Dunia 2010.

Ramai mungkin masih lagi ingat, Piala Dunia Afrika Selatan pada 2010 yang terkenal dengan lagu rancak 'Waka Waka' dari Shakira yang kini menjana lebih daripada 3.3 bilion tontonan di Youtube serta 'Waving Flag' dari K'naan.

Bagi peminat di Singapura, ramai yang cuba mendapatkan rantai kunci pasukan kegemaran mereka, yang disembunyikan dalam kerepek kentang 'Jack'n'Jill'.
Gambar: Carousell
Dengan setiap bungkusan berharga sekitar S$1 ketika itu, tidak hairanlah jika ramai yang mampu mencuba nasib untuk mendapatkan rantai kunci idaman mereka.

Selain daripada rantai kunci, turut ditawarkan untuk dijual di Carousell ialah gelas Piala Dunia 2010 yang dibeli dari McDonald's dalam enam warna - merah jambu, hijau muda, hijau tua, hitam, ungu dan biru.
Gambar: Carousell

Ternyata barangan itu masih menarik minat penggemar bola sepak di Singapura

Terdapat lebih daripada 20 pengguna aplikasi Carousell yang menjual rantai kunci dan gelas bertemakan Piala Dunia 2010 dengan harga serendah S$1 hingga S$15.

Gambar: Carousell
Gambar: Carousell


Meskipun harganya boleh dianggap murah berbanding barangan seperti jersi yang boleh mencecah ratusan dolar, ia menggamit pelbagai kenangan manis terpaksa beratur panjang dan berebut-rebut untuk mendapatkan secebis memori temasya bola sepak yang hanya dianjurkan setiap empat tahun.

Sumber : BERITA Mediacorp/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan