Jual nasi kerabu $22, usahawan muda ini mahu naikkan martabat makanan di pusat penjaja
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Haney Khairunnisa/BERITA Mediacorp
SINGAPURA: Semasa membuka gerai pertamanya di pusat penjaja pada November lalu, Nurl Asyraffie Mohamed Shukor, 33 tahun bertekad mahu menaikkan martabat makanan di situ.
Berbekalkan pengalamannya pernah bekerja di restoran mewah yang menyajikan hidangan pesona, Encik Asyraffie mahu memberi kelainan dalam sajian yang ditawarkan di gerai 'Kerabu by Arang' di Pusat Penjaja Taman Yishun.

Namun untuk mengekalkan kualitinya bukan mudah dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Oleh itu selepas empat bulan, Encik Asyraffie terpaksa menaikkan harga Nasi Kerabu daripada harga asal daripada S$8.50 bagi set Nasi Kerabu dengan ayam kepada S$13.

Set Nasi Kerabu dengan ikan pula kini berharga S$22.
"Ramai orang kata makanan pusat penjaja sepatutnya murah tetapi barangan semua mahal, saya kerja tetapi saya terfikir ini sahaja ke wang yang saya terima selepas sebulan bekerja," kata Encik Asyraffie kepada wartawan Haney Khairunnisa.
Meskipun pelbagai cabaran yang dilaluinya, beliau bertekad untuk menyediakan hidangan yang setanding kualitinya dengan di restoran.
"Tidak semestinya makanan yang dihidangkan di restoran sedap dan ia tidak seharusnya lebih mahal hanya kerana ia dihidangkan di restoran dan bukan di pusat penjaja," kata Encik Asyraffie.
KAGUM DENGAN PENIAGA PUSAT PENJAJA
Beliau yang masuk kerja pukul 5.00 pagi setiap hari untuk sediakan barangan sebelum makan tengah hari kagum dengan kerajinan para pekerja di pusat penjaja yang sama.
"Pekerja di pusat penjaja semuanya kerja keras, saya fikir saya datang pukul 5.00 pagi saya seorang yang rajin tetapi ramai lagi pekerja di gerai lain lebih awal daripada saya dan mereka sudah siapkan semua barangan mereka.
"Jadi daripada situ saya rasa mereka sangat rajin dan sepatutnya menaikkan harga makanan yang dijual mereka," kata Encik Asyraffie.
Ini juga disebabkan oleh pengambilan pekerja. Buat masa ini dengan jumlah kakitangannya, beliau hanya boleh menggajikan rakyat Singapura dan Penduduk Tetap sahaja.

"Mengambil rakyat Singapura bekerja bukan mudah dan tidak murah, tiada rakyat yang ingin bekerja dengan gaji S$1,800 sebulan," jelas Encik Asyraffie.
Hal tersebut adalah antara sebab sukar bagi Encik Asyraffie menurunkan harga makanannya.
"Jika makanan di pusat penjaja dinaikkan harga, pemilik seperti saya dapat naikkan gaji pekerja dan ini akan menarik lebih ramai rakyat untuk bekerja di pusat penjaja," kata Encik Asyraffie.
Beliau khuatir kualiti makanan di pusat penjaja boleh meleset jika harga tidak dinaikkan kerana sukar mengimbangi tuntutan kualiti dengan perbelanjaan perniagaan.
"Saya ingin fokus kepada gerai saya di sini, perkenalkan lebih ramai orang kepada Nasi Kerabu dan menaikkan martabat pusat penjaja di Singapura jadi orang akan beranggapan makanan di sini berkualiti dan sedap," kata Encik Asyraffie.
Anda boleh ikuti banyak lagi kisah menarik tentang pemilik gerai 'Kerabu by Arang' ini dalam siri "Makan Apa Tu?" di laman media sosial BERITA Mediacorp.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.