Skip to main content

Singapura

JTC tingkatkan kapasiti tenaga suria di pulau Jurong hingga 8 kali ganda

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Hab petrokimia Singapura di pulau Jurong bakal menjadi salah satu tapak kuasa suria terbesar di negara ini.

Pemerintah mengalu-alukan cadangan untuk memasang panel-panel suria di atas bumbung-bumbung bangunan dan di tanah lapang sementara sebesar saiz 85 padang bola.

JTC melancarkan tender untuk meningkatkan keupayaan tenaga suria di Singapura dari sekitar 12 megawatt kepada lebih 100 megawatt.

Itu bersamaan dengan membekalkan tenaga kepada lebih 24,000 flat HDB empat bilik setiap tahun.

Sebagai syarat tender, panel-panel suria itu mesti memenuhi tahap kecekapan tertentu dan mudah alih.

Menurut JTC, ia semua sebahagian daripada usaha untuk menjadikan hab tersebut lebih mampan dan menyokong Pelan Singapura Menghijau.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita