JTC Corporation lantik Jacqueline Poh sebagai CEO baharu
Anggaran Waktu Membaca:
Cik Jacqueline Poh akan menggantikan Encik Tan Boon Khai sebagai CEO JTC Corporation mulai 1 Apr. (Gambar: MTI)
SINGAPURA: Cik Jacqueline Poh akan dilantik sebagai ketua eksekutif JTC Corporation, menggantikan Encik Tan Boon Khai, umum Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada Jumaat (21 Feb).
Cik Poh akan dilantik sebagai bakal Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JTC mulai 1 Mac dan akan menyandang jawatan itu secara rasmi mulai 1 Apr. Beliau juga akan dilantik sebagai anggota Lembaga JTC dalam kapasiti ex-officio disebabkan oleh jawatan yang disandangnya itu.
Beliau akan mengambil alih jawatan Encik Tan, yang akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif JTC pada 31 Mac untuk "memburu minat lain", menurut MTI.
Cik Poh akan melepaskan jawatannya sebagai pengarah urusan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) pada 1 Mac. Beliau pada asalnya dijadualkan menyertai MTI sebagai timbalan setiausaha (industri) dari tarikh yang sama, seperti yang diumumkan oleh MTI pada November 2024.
Bagaimanapun, beliau kini akan mengambil alih tugas di JTC, berikutan keputusan Encik Tan untuk melepaskan jawatannya, kata jurucakap MTI semasa menjawab pertanyaan Mediacorp.
Kementerian itu bagaimanapun tidak memberikan maklumat lanjut mengenai rancangannya untuk peranan timbalan setiausaha.
Sebelum EDB, Cik Poh adalah timbalan setiausaha dalam Kumpulan Strategi Pejabat Perdana Menteri (PMO). Beliau juga merupakan ketua eksekutif Agensi Teknologi Pemerintah (GovTECH) dan pengarah urusan yang dahulunya dikenali sebagai Penguasa Pembangunan Infokom (IDA).
Beliau juga memegang jawatan penting dalam tiga kementerian - tenaga kerja (MOM), kewangan (MOF) dan pertahanan (MINDEF).
Beliau menyertai EDB sebagai pengarah urusannya pada 4 Okt 2021, dan menerajui usaha pertubuhan itu mencapai komitmen pelaburan yang kukuh semasa pemulihan ekonomi Singapura daripada pandemik COVID-19, kata MTI.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, EDB bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi dan rakan kongsi untuk memajukan bidang-bidang penting seperti ekonomi digital, kecerdasan buatan (AI) dan kemampanan.
Beliau juga mengukuhkan kedudukan Singapura di peringkat perniagaan antarabangsa dan mempertingkatkan hubungan EDB dengan para pemimpin global dalam industri-industri utama, terutamanya dalam bidang teknologi dan industri pemula.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.