Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

JTC bakal lancar robot penghantaran makan & pembayaran pengecaman wajah pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 24 Oct 2023 07:28PM Dikemas Kini : 25 Oct 2023 12:29AM
SINGAPURA: Perbadanan Bandar Jurong (JTC) akan menerapkan perkhidmatan runcit yang lebih lancar dan mudah ke estet-estet bijaknya pada masa hadapan.

Tidak lama lagi, ia akan melancarkan khidmat pembayaran melalui pengecaman wajah dan penghantaran makanan automatik seperti di Daerah Digital Punggol.

Sistem pengecaman wajah bermakna anda tidak lagi perlu menggunakan wang tunai atau telefon bimbit apabila membeli barangan.

Sistem itu sedang dirintis di bangunan JTC Summit.

Kaedah pembayaran tersebut dapat menjimatkan sekitar lima saat waktu urus niaga.

Untuk membuat pendaftaran bagi ciri baharu itu, penyewa bangunan JTC hanya perlu mengaitkan kad kredit mereka untuk membuat pembayaran.

Selain itu, kemudahan-kemudahan lain yang akan dilancarkan termasuklah robot yang dapat berfungsi secara bersendirian.

Robot tersebut boleh menghantar makanan dan barangan runcit lain secara langsung kepada pelanggan.

Sebaik sahaja pembelian dibuat, robot itu akan mengambil pesanannya dan membuat penghantaran terus ke pejabat pelanggan.

Menurut JTC, khidmat automatik baharu tersebut bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja di estet-estetnya.

"Kami harap mereka yang bekerja dan tinggal di estet ini dapat menikmati kemudahannya. Malah, kami harap semua dapat menjimatkan masa sebanyak mungkin apabila mereka bekerja di estet kami, lebih-lebih lagi apabila mereka boleh mengurangkan waktu beratur, mereka boleh mengurangkan waktu membuat pembayaran. Jadi ini memudahkan bagi mereka yang melaburkan (masa) di pejabat mereka dan bekerja dalam kawasan daerah kami," kata Encik James Tan, Pengarah, Divisyen Daerah Canggih, JTC

Kedua-dua khidmat runcit canggih itu akan dilancarkan pada tahun 2024, di samping pembangunan Daerah Digital Punggol.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan