Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Josephine Teo puji pendekatan inovatif Lim Swee Say kepada tangani masalah

Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo memberi penghormatan kepada pemegang jawatan terdahulu, Encik Lim Swee Say, hari ini (28 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 May 2018 04:01PM Dikemas Kini : 28 May 2018 08:53PM

SINGAPURA: Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo memberi penghormatan kepada pemegang jawatan terdahulu, Encik Lim Swee Say, hari ini (28 Mei).

Mantan menteri dan pemimpin kesatuan itu bersara daripada Kabinet pada awal bulan Mei setelah menerajui Kementerian Tenaga Manusia (MOM) selama tiga tahun.

Berucap di seminar Pelan Kerja kementeriannya, Cik Teo memuji pendekatan inovatif Encik Lim dalam menangani masalah-masalah yang lama berlarutan.

Ini termasuk memperjuangkan gaji progresif berbanding gaji minimium dan menggerakkan idea bagi usia seseorang diambil bekerja semula.

Beliau juga mengakui kesungguhan Encik Lim untuk menggalak kerjasama antara kesatuan, majikan dan Pemerintah - yang membantu memajukan reputasi Singapura dalam pergerakan buruh antarabangsa.

Cik Teo menekankan bahawa MOM akan terus berganding bahu dengan rakan-rakan kongsi perikatan tiga pihak.

"Beliau sentiasa mencari huraian-huraian yang menyebelahi kedua-dua pihak - pekerja dan perniagaan. Ia kedengaran mudah tetapi amat sukar untuk dilaksanakan.

"Apabila berdepan dengan syarikat-syarikat yang menolak kerjasama dengan kesatuan, beliau tidak mengalah dan terus cuba untuk memastikan pergerakan buruh berjaya," kata Cik Teo.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan