Joseph Schooling mula kerjaya baharu dalam modal teroka
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Selepas bersara daripada sukan renang pada April, pemenang pingat emas Olimpik pertama Singapura, Joseph Schooling, memulakan kerjaya baharu dalam bidang modal teroka.
Menerusi satu catatan LinkedIn pada Isnin (30 Sep), Vertex Ventures Southeast Asia and India mengumumkan Schooling menyertai syarikat tersebut sebagai seorang anggota bersekutu dalam pasukan pelaburannya.
"Sedang beliau memulakan perjalanan baharu ini, beliau akan ditugaskan di samping pakar-pakar pelaburan untuk menimba lebih banyak pengalaman dan pandangan berkaitan penilaian dan pelaburan dalam syarikat-syarikat pemula yang sedang pesat berkembang," menurut Vertex Ventures Southeast Asia and India.
Perusahaan tersebut merupakan salah satu daripada enam dana utama dalam rangkaian global dana modal teroka Vertex, di mana pelabur utamanya ialah Vertex Holdings - sebuah anak syarikat milik penuh Temasek Holdings Singapura.
Pelaburan dana berkenaan memberikan tumpuan kepada sektor jagaan kesihatan, teknologi kewangan, kemampanan dan lain-lain lagi.
Menurut profil LinkedIn Schooling, beliau seorang pelajar jurusan ekonomi di Universiti Texas dari 2014 hingga 2018. Bekas atlet itu juga merupakan ahli pasukan renang Texas Longhorns.
Schooling mengukir sejarah buat Singapura di Sukan Olimpik Rio 2016 apabila beliau memenangi pingat emas dalam acara 100m kuak kupu-kupu, mengalahkan idolanya Michael Phelps.
Beliau memegang lapan rekod negara - enam dalam acara perseorangan dan dua dalam acara berganti-ganti.
Pada 2018, beliau membuka sekolah renang kanak-kanak, 'Swim Schooling', yang menawarkan program 10 minggu buat kanak-kanak.
Pada April, Schooling mengumumkan dirinya bersara daripada sukan renang kompetitif untuk memberikan tumpuan kepada sekolah renangnya serta usaha niaganya yang lain.
Dalam satu rencana oleh The Straits Times pada 2 April, Schooling berkongsi bahawa beliau akan bekerja dalam bidang modal teroka bersama dua rakan kongsi dalam sektor "kesihatan, teknologi dan kemampanan".

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.